KPT Tubuh Bilik Gerakan Pantau IPT Terlibat Banjir

Diterbitkan: Khamis, 4 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menubuhkan Bilik Gerakan Maklumat Banjir, khas bagi menyalurkan maklumat berkaitan institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, politeknik serta kolej komuniti yang terlibat dengan banjir di seluruh negara.

Bilik gerakan itu berfungsi sebagai penyalur maklumat terkini mengenai pelajar dan kakitangan institusi yang menjadi mangsa banjir.

"Antara pemantauan yang akan dibuat termasuk pemakluman mengenai kampus yang terlibat dengan banjir, penangguhan peperiksaan, aktiviti dan seumpamanya, kelas ganti serta langkah keselamatan yang diambil bagi menjamin keselamatan dan kebajikan pelajar," menurut kementerian itu dalam kenyataan di sini, Khamis.

Ibu bapa dinasihati supaya tidak bimbang dengan keadaan anak-anak mereka yang masih berada di kampus yang dilanda banjir kerana semua IPT telah diarah bekerjasama dengan agensi lain untuk menyalurkan bantuan.

Selain menubuhkan Tabung Mangsa Bencana Banjir, semua universiti juga diminta memastikan bekalan makanan mencukupi dan menyalurkannya segera kepada mereka yang memerlukan, katanya.

Semua pelajar dan kakitangan IPT yang menghadapi kesukaran berikutan masalah banjir menghubungi bilik gerakan itu di Putrajaya menerusi talian hotline 03-88835433 atau laman web di banjir. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan