UPM Struktur Semula Program Sarjana Muda Pengajian Pengguna

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wong Boon Choy (kiri) bertukar dokumen selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Dr. Nik Mustapha R. Abdullah di Serdang baru-baru ini.
Wong Boon Choy (kiri) bertukar dokumen selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Dr. Nik Mustapha R. Abdullah di Serdang baru-baru ini.

SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) menyusun semula modul program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Pengguna (BPG) yang ditawarkan oleh Fakulti Ekologi Manusia (FEM) bagi mempertingkatkan kualiti pengajaran program berkenaan.

Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berkata, program itu akan menawarkan tiga subjek minor iaitu Kewangan Pengguna, Advokasi serta Pendidikan Pengguna dan Produk Pengguna.

“Penstrukturan program pengajian ini telah memenuhi keperluan Majlis Pendidikan Tinggi Negara (MPTN) serta Jabatan Pengurusan Pengajian Tinggi (JPIPT) di mana 47 peratus daripada kurikulum adalah berkaitan konsep dan teori, 15 peratus kemanusiaan dan 38 peratus kemahiran,” katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara UPM dengan Persatuan Perancang Kewangan Malaysia (FPAM) di sini.

Kata Nik Mustapha, hasil perbincangan FEM dengan FPAM mendapati program Pengajian Pengguna dengan minor Kewangan Pengguna menepati keperluan sebahagian daripada pensijilan Perancang Kewangan Bertauliah (CFP).

“Terdapat empat modul daripada tujuh modul bagi pensijilan CFP yang ditawarkan oleh FPAM terkandung di dalam kurikulum BPG,” katanya.

Presiden FPAM, Wong Boon Choy berkata dengan adanya persefahaman itu secara tidak langsung kedua-dua pihak dapat memberikan kerjasama dalam pembelajaran serta perkongsian ilmu dalam industri berkenaan.

“Persijilan CFP dapat meningkatkan bilangan pemegang CFP di dalam negara serta memberi peluang kerjasama yang boleh memberikan impak ke arah pengukuhan bidang perancangan kewangan di Malaysia dan wilayah serantau,” katanya.

Pada masa kini, UPM giat mempromosikan serta berkongsi ilmu pengetahuan, kepakaran, aset fizikal terutama yang berkaitan dengan bidang kepakaran yang dimiliki oleh UPM dengan masyarakat umum.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris dan Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Prof. Madya Dr. Laily Paim.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan