UPM Perkenal Talian Bebas Tol

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Universiti Putra Malaysia (UPM) telah memperkenalkan talian bebas tol iaitu 1 800 2255 876 untuk kemudahan pelanggan menghubungi universiti itu dengan lebih aktif.

Ketua Bahagian Komnunikasi Korporat UPM, Abdullah Arshad berkata, talian itu bagi membolehkan pihak Universiti memantau maklum balas pelanggan dan mengukur keberkesanan perkhidmatan serta sumber selain mempromosikan UPM.

"Pada peringkat percubaan, talian bebas tol dikendalikan oleh operator UPM sedia ada yang akan menyambung panggilan kepada pihak berkaitan berdasarkan maklumat yang telah disediakan.

"Sebarang maklumat tambahan yang tidak mempunyai data disediakan akan dijawab oleh pegawai pihak tersebut," katanya.

Beliau berkata, panggilan yang dibuat pada hari cuti akan direkodkan oleh mesin penyimpanan maklumat sebelum dipantau oleh operator pada hari bekerja.

Menurut Abdullah, pada masa akan datang UPM akan mewujudkan pusat khidmat pelanggan UPM yang akan mengendalikan sepenuhnya talian tersebut. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan