Pro-Aspirasi Ungguli MPPUPM 2010

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Calon-calon Pro-Aspirasi berjaya menguasai Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila memenangi 37 kerusi daripada 48 kerusi fakulti dan umum pada pilihan raya kampus berkenaan hari ini.

Menurut sumber, Pro-Mahasiswa hanya memperoleh sembilan kerusi manakala dua kerusi lagi milik calon bebas.

Bagaimanapun, keputusan rasmi pemilihan tersebut hanya akan diumumkan pada pukul 4 petang esok selepas proses bantahan dan rayuan pada sebelah pagi.

Menurut Ketua Unit Media, Publisiti dan Penerbitan UPM, Khairul Anuar Muhamad Noh, sebanyak 99 calon menawarkan diri merebut 48 kerusi yang dipertandingkan.

Daripada jumlah berkenaan, katanya, sebanyak 41 calon bersaing merebut kerusi umum manakala 58 calon lagi bertanding di peringkat fakulti.

"Dua fakulti menang tanpa bertanding iaitu Fakulti Reka Bentuk dan Fakulti Seni Bina," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Untuk rekod, dalam kalangan universiti awam, UPM mempertandingkan paling banyak kerusi bagi proses penamaan calon bagi pilihan raya kampus sesi baru ini.

UPM mempunyai 16 fakulti dan setiap fakulti mempertandingkan dua kerusi. 16 kerusi pula adalah bebas.

Proses pengiraan undi bermula pada pukul 6 petang tadi dan keputusan tidak rasmi diketahui kira-kira 8 malam tadi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan