Semarak Kesenian Serikan Suasana Iftar Di Grand Hyatt - Jamu Selera | mStar

Semarak Kesenian Serikan Suasana Iftar Di Grand Hyatt

Diterbitkan: Khamis, 2 Julai 2015 9:00 AM

Nasi biryani.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bagi menghayati Ramadan, JP Teres di Hotel Grand Hyatt memberi kelainan dengan membawa festival Semarak Kesenian bagi meraikan hasil inspirasi kreatif dalam masakan yang dihidangkan sepanjang bulan mulia ini, bermula 18 Jun hingga 13 Julai depan.

Dengan dekorasi istimewa khas untuk menerima undangan tetamu seisi keluarga, festival ini turut menarik pengunjung melihat keindahan lukisan hasil kreativiti beberapa pelukis berbakat negara.

Pameran lukisan yang disediakan sebelum dan selepas pengunjung menjamu selera.

Pertunjukkan lukisan itu merupakan kerjasama bersama Empire Artspace dengan mempersembahkan 13 lukisan menarik, di mana dua lukisan ditempatkan di pintu masuk restoran JP Teres. 

Antara pelukis terkenal terlibat ialah Ismail Mat Hussin, Mazuki Muhammad, Md Fadli Yusoff, H.Syawal, Faiz Che Juha, Bob Othman, Maamor Jantan, Bhanu Achan dan Shukeri M.Zain. 

Masakan India turut disediakan kepada penggemarnya.

Umumnya, karya yang dihasilkan bertemakan mengenai masyarakat Malaysia yang merangkumi masyarakat pelbagai agama dan budaya. 

Selain itu, fokus utama JP Teres pada Ramadan ini adalah menyediakan makanan tradisional masyarakat Malaysia dan barat dengan demonstrasi yang dilakukan chef yang bertugas di beberapa stesen makanan terpilih. 

Penuh dengan aneka juadah makanan pelbagai warna, bentuk dan rasa, JP Teres mengetengahkan barisan menu terbaik, antaranya nasi biryani bersama kambing percik, nasi kandar, otak-otak daun kelapa, ayam kansa dan bebola kambing pedas. 

Juadah ketupat lemang menimbulkan kehangatan menyambut Syawal.


JP Teres turut menyediakan aneka pencuci pulut bagi melengkapkan menu berbuka puasa. Antara manisan tersebut ialah ais krim potong, bubur cha-cha, cendol, sagu gula melaka dan agar-agar bandung cincau. 

Juadah berbuka bermula pada pukul 7 malam hingga 10 malam sepanjang Ramadan. 

Harga bagi hidangan bufet ialah RM168 bagi dewasa, manakala RM84 bagi kanak-kanak pada hari biasa. Bagi hujung minggu RM158 bagi dewasa dan RM79 bagi kanak-kanak. 

Harga tersebut termasuk pelbagai jenis minuman jus buah-buahan dan minuman panas. 

Tags / Kata Kunci: JP Teres , Grand Hyatt
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan