Eccucino Saji Juadah Balik Kampung

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPERTI masakan ibu, itulah perasaan yang ingin dinyatakan jika anda berkunjung ke Eccucino Prince Hotel and Residence Kuala Lumpur untuk berbuka puasa.

Bagi Ramadan kali ini, tema "Balik Kampung" menjadi pilihan, sesuai dengan hidangan iftar yang merangkumi lauk-lauk tradisional daripada beberapa negeri di Malaysia.

Eksekutif Chef, Donald Pezar berkata, sajian bufet yang disediakan tahun ini berhasrar mengimbau suasana menikmati juadah berbuka puasa umpama berada di kampung halaman.

"Tahun ini kami ingin mengetengahkan keaslian makanan di dalam bufet yang dihidangkan.

"Kami juga ingin membawa suasana ketika merasai atau menjamu juadah hasil air tangan ibu di kampung," katanya.

Antara hidangan yang menjadi sajian istimewa di Eccucino Prince Hotel and Residence ialah ikan patin masak lemak tempoyak yang akan dimasak secara langsung untuk pelanggan.

Menurut Chef Hamedy Yaacob, hidangan ikan patin masak lemak tempoyak digemari ramai kerana keenakannya, malahan ia mudah disediakan tanpa perlukan bahan-bahan yang  banyak.

"Saya mempelajari resepi ikan patin masak tempoyak ini di Pahang jadi saya meyediakan hidangan ini mengikut sukatan yang tepat sama seperti yang asli di sana menggunakan bawang, cili padi, tempoyak, garam, dan gula sahaja.

"Apa yang penting bagi masakan ini adalah penjagaan api supaya ikan patin dimasak dengan baik serta kepekatan kuah masak lemak itu," kata Hamedy.

Hidangan istimewa lain yang turut disajikan untuk pelanggan sepanjang Ramadan ini, termasuk ikan siakap goreng acar jambu, rendang tok, ayam panggang madu berbijan, asam pedas ekor lembu, serta udang masak tempoyak petai.

Tambah Hamedy lagi, bagi menyediakan rendang tok, ia dimasak tanpa menggunakan minyak untuk meningkatkan lagi aromanya, manakala dagingnya diperam dengan air kelapa untuk mengekalkan kelembutannya.

Kali ini, selain menikmati pelbagai menu lazat, pelanggan juga akan dihiburkan dengan persembahan tradisional ghazal bermula dari pukul 7 hingga 9.30 malam setiap hari.

Bufet Ramadan di Eccucino Prince Hotel and Residence bermula 22 Jun sehingga 15 Julai dengan harga RM137.60 bagi dewasa, manakala potongan 50 peratus bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Tawaran harga istimewa, RM98 akan diberikan pada tujuh hari pertama dari 22 hingga 28 Jun ini.

Eccucino Prince Hotel and Residence turut menyediakan hidangan bufet untuk sahur yang akan menghidangkan lauk-lauk tempatan, salad segar, makanan bijirin serta pastri dari pukul 4.30 hingga 5.30 pagi.
Tags / Kata Kunci: Ramadan

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan