Lasagna

Diterbitkan: Jumaat, 1 Ogos 2014 1:00 AM

(Ubah saiz teks)

MENYEDIAKAN makanan barat ada kalanya perlu dilakukan dengan teliti bagi menghasilkan hidangan yang lazat, tetapi ada juga ketikanya kita boleh mengubah suai resipi asal supaya lebih mudah dan mengikut citarasa tersendiri.


Bagi penggemar makanan barat, apa kata cuba sediakan Lasagna untuk pembuka selera di bulan Ramadan ini.


Lasagna


Bahan Utama:

10 keping Lasagna
1 bungkus keju mozarella (150g)

Bahan Beef Bolognese;
1 botol kecil spagheti sos
1/2 biji bawang Holand (cincang)
1 bungkus daging (cincang)
1 tin cendawan butang (hiris)
2 sudu minyak masak

Bahan Sos Putih:
1 kotak susu penuh krim
3 sudu keju mozarella
3 sudu mentega
2 sudu tepung gandum 

Cara (Beef Bolognese):

Panaskan minyak masak dan tumis bawang. Masukkan daging kisar dan goreng garing. Masukkan cendawan yang telah dihiris kemudian dimasukkan sos spagheti. Gaul dan masak seketika.

Cara (Sos Putih);
Cairkan butter, kemudian masuk susu untuk dipanaskan.Masukkan Mozarella Cheese dan kacau sebati.Masukkan tepung gandum yang telah dibancuh dengan sedikit air.Kacau hingga pekat.

Cara (Lapisan Lasagna):

Ambil 5 kepingan lasagna yang sudah direndam, susun di bahagian bawah loyang. Masukkan separuh dari beef bolognese ke atas susunan tu dan ratakan.Tuang separuh dari sos putih di atas beef bolognese tadi.Tabur rata 1/3 bungkusan mozarella cheese. Ulang langkah 1 hingga 3. Kemudian tabur baki 2/3 mozarella cheese tadi. Bakar dalam oven pada suhu 180c selama 45 minit.
Tags / Kata Kunci: Lasagna

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan