Pulut Kuning

Diterbitkan: Jumaat, 25 Julai 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

PULUT kunyit merupakan sejenis makanan tradisi bagi penduduk Melaka.

Jika dahulu, pulut kuning dibuat khas untuk majlis tertentu, kini ia boleh disediakan pada bila-bila masa. Ia enak dimakan bersama kambing masak merah, kari daging atau rendang daging.

Untuk memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri anda pada kali ini, apa kata cuba resipi ini untuk dihidangkan kepada saudara-mara dan sahabat handai yang bertandang ke rumah.


Bahan-Bahan:

3 kg beras pulut susu

3 keping asam gelugor

3 sudu kecil serbuk kunyit

1 kg santan

2sudu besar gula

2 sudu besar garam halus

100 gm halia

50 gm bawang merah

30 biji lada hitam


Cara Penyediaan:

Cuci bersih beras pulut, kemudian letak serbuk kunyit. Masukkan air bagi tenggelam beras lebih kurang 2 inci lebih daripada beras. 

Masukkan asam keping sekali dalam rendaman pulut.

Rendam selama 5-8jam.

Selepas 5-8 jam, basuh cuci beras tadi dan toskan. Buang asam keping dan kunyit.

Alaskan pengukus dgn daun pandan, dan letak beras pulut tadi dalam bekas pengukus.

Racik halus halia dan bawang merah,kemudian tabur atas beras tadi bersama lada hitam (biji).

Kukus selama 30 minit untuk mendapat pulut yang betul-betul lembut dan wangi.

Sementara itu, dalam periuk asing, masak santan bersama air,garam,dan gula.

Kacau sentiasa agar tak berketul. Matikan api bila betul-betul mendidih.

Angkat pulut dari pengukus tadi, dan gaul sebati bersama santan yang dimasak. 

Gaul sehingga sebati@ terbit minyak.

Sedia untuk dihidang.


Tags / Kata Kunci: pulut kuning

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan