Aneka Selera Kampung Di Riverside PWTC

Diterbitkan: Khamis, 24 Julai 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

16 jenis ulam-ulaman serta salad, 18 jenis sambal dan 13 jenis kerabu. Itu antara 250 juadah yang boleh dinikmati jika berbuka puasa di Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Lebih menarik pengunjung berpeluang menikmati daging kambing yang dipanggang setiap hari bersama dengan sos lada hitam dan cendawan.

Bertemakan Cahaya Ramadan @PWTC, bufet ini boleh dinikmati sehingga 25 Julai ini bermula pukul 7 malam hingga 10 malam.

Bagi mempamerkan kelainan pada Ramadan kali ini, pasukan chef yang diketuai Chef Suzaini Mohamed Salih tampil mencipta enam jenis menu istimewa iaitu masakan ala kampung yang akan bertukar setiap hari.



Antara hidangan yang pastinya ditunggu-tunggu pengunjung adalah, sup masam dan manis Szechuan sehingga makanan barat seperti pasta berserta sos tomato, sos Bolognaise dan sos karbonara.

Selain itu, terdapat juga enam jenis keropak, tujuh jenis ikan masin, lapan jenis jeruk dan 12 jenis hidangan panas seperti ayam goreng sambal, udang gulai kuning dan pucuk ubi masak tempoyak.

Pengunjung juga berpeluang memilih pilihan warung yang terdiri daripada 11 jenis warung yang menyediakan pelbagai hidangan.



Di sudut pencuci mulut pula, aneka jenis kuih Melayu, French Chocolate Tart, Mango dan Raspberry Mouse In Glass dan banyak lagi turut disediakan.

Pengunjung boleh menikmati hidangan dengan harga RM60++ bagi dewasa manakala RM15++ untuk kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun.

Untuk tempahan, pelanggan boleh menghubungi Restoran Riverside di talian 03-26146701, 03-26146702 atau 03-26146262 atau boleh terus ke kaunter tempahan di Aras 2, PWTC.

Tags / Kata Kunci: Restoran Riverside PWTC

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan