Sentuhan Air Tangan Chef Zubir Di Latest Recipe

Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 2:00 AM

Chef Zubir.

(Ubah saiz teks)

BEKAS juri MasterChef Malaysia, chef Zubir Md Zain, kembali ke dapur Latest Recipe, Le Meridien Kuala Lumpur untuk menyediakan hidangan berbuka puasa Ramadan ini.

"Sepanjang tempoh sembilan tahun di sini, Ramadan sentiasa menjadi projek tersebar kerana restoran sentiasa menyediakan hidangan berskala besar kepada para pengunjung,' kat Zubir.

Walaupun pakar dalam teknik mengril, chef selebriti itu berkata, beliau amat teruja apabila dijemput untuk mengilhamkan menu sempena Ramadan 2014 dengan hidangan Melayu yang baharu.

Terdapat lebih 100 hidangan disediakan tetapi ia digilirkan sepanjang minggu dengan menu istimewa setiap hari seperti Beef Minced Shank, Kofta dan Ikan Bakar Ala Bali.

Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai pilihan kerabu dan sajian pembuka selera seperti popiah basah, kerabu ikan pekasam dan daun selom.

Terdapat juga pilihan pembuka selera ala Barat seperti Pasta Salad dengan Ikan Panggang dan buah Zaitun serta Daging Lembu Salami dengan keju dan sayur daun.

Pelbagai pilihan makanan laut turut disediakan.


Bagi penggemar makanan laut, pengunjung boleh merasai kupang hijau, udang, tiram dan udang karang segar yang enak dimakan bersama sos Tabasco.

Selain hidangan pisang goreng, cempedak goreng, keledak goreng, gerai sajian Melayu juga menawarkan hidangan dari Utara seperti Laksa Penang, Sup Gearbox Utara dan Lam Mee.

Menu berbuka puasa anda tidak lengkap tanpa menikmati kambing bakar dan daging kambing yang disajikan bersama kuah Au Jus.

Untuk hidangan pencuci mulut, pelbagai pilihan sama ada kuih tradisonal mahupun Barat disediakan termasuk wafel.

Terdapat juga hidangan pencuci mulut yang dihidangkan panas-panas seperti pengat keledak, penkek dengan bubur durian dan puding roti.

Hidangan pencuci mulut yang ringkas dan menyelerakan perlu dicuba.


Walaupun puding roti dijamin lazat, Zubir berkata tiada yang dapat menandingi keenakan puding roti hasil air tangan ibunya.

"Masakan ibu saya, terutamanya puding rotinya, adalah pilihan utama seisi keluarga kerana ia dibakar menggunakan arang dan dicampur bersama kelapa," katanya.

Promosi bufet Ramadan Latest Recipe berharga RM138 seorang setiap Isnin hingga Jumaat manakala RM128 pada hujung minggu.

Kanak-kanak berusia antara empat dan 12 tahun berpeluang menikmati diskaun sebanyak 50 peratus manakala warga emas juga mendapat diskaun untuk hidangan pada hujung minggu.

Promosi sah sehingga 27 Julai ini bermula pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam setiap hari.


Tags / Kata Kunci: Latest Recipe , Chef Zubir

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan