suria

Ayam Goreng Masak Halia

Ayam Goreng Masak Halia

KEPELBAGAIAN masakan berasaskan ayam sering menjadi antara menu utama yang disediakan kaum ibu, terutama kerana ia digemari kanak-kanak, selain keenakan rasanya.


Masakan ayam goreng masak halia ini antara yang boleh menaikkan selera, malah pasti ada yang berebut-rebut untuk memastikan dapat merasai hidangan lazat ini. Masakan ringkas ini memang  berbaloi dicuba.

Ayam Goreng Masak Halia

Bahan:

Sedikit minyak untuk menumis

1⁄2 ekor ayam – dipotong kecil dan digoreng separuh masak.

4 ulas bawang putih - hiris

6 biji bawang merah – hiris

1 biji bawang besar dipotong mayang

1 inci halia - hiris jejari

1 inci halia - ditumbuk

2-3 sudu besar sos tiram

2 sudu besar kicap lemak manis

2 biji cili merah – dibelah 2

sedikit air

2-3 biji cili padi - diketuk – (jika ingin pedas )

secubit serbuk lada hitam

garam dan sedikit gula

Cara:

Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia (yang ditumbuk) hingga naik bau. Masukkan ayam,kicap, sos tiram, garam, gula,dan sedikit air ( cili padi untuk yang gemarkan masakan pedas). Tutup kuali supaya ayam masak. Sesekali balikkan hingga ayam masak dan kuah agak kering. Kemudian masukkan hirisan halia,bawang besar, cili merah dan lada hitam. Biarkan antara 5 ke 7 minit sebelum dihidangkan.



Ayam Goreng Masak Halia

Artikel Sebelum

Cucur Udang

Artikel Berikut

Salad Buah-Buahan

Artikel Lain