Gulai Udang Belimbing Buluh

Diterbitkan: Jumaat, 27 Jun 2014 1:00 AM

(Ubah saiz teks)

JIKA pokok belimbing buluh di depan atau belakang rumah 'mabuk' berbuah, tentunya sesuai jika dimasak untuk hidangan berbuka nanti.

Dalam peti sejuk ada pula stok udang dan santan juga masih ada, sesuai sekali dimasak gulai.

Bahannya:

1/2 kg udang segar
2 cm kunyit hidup (ditumbuk)
1 biji bawang besar (ditumbuk)
2 batang serai (dititik)
10 biji cili padi (ditumbuk)
Belimbing buluh - ikut citarasa
1/2 kg santan
1 asam keping
Garam secukup rasa


Cara-caranya:

Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup dan bawang besar sehingga halus, serai dititik.

Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama separuh santan, garam dan asam keping. 

Masak atas api sederhana dan kerap dikacau dan biar mendidik. Masukkan udang, baki santan dan belimbing buluh. Bila sebati dan cukup rasa padamkan api.




Tags / Kata Kunci: Ramadan , gulai udang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan