suria

Koleksi Eksklusif Pakaian Hari Raya Tesco

Hatta Dolmat (tengah) bergambar bersama model ketika memperkenalkan koleksi 'Syawal Oleh Hatta Dolmat'
PASAR raya besar, Tesco Stores (M) Sdn Bhd baru-baru mempamerkan koleksi eksklusif mereka sempena hari raya Aidilfitri. 

Dengan tema 'Syawal By Hata Dolmat', koleksi ini dihasilkan dengan kolaborasi pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat yang pernah memenangi Anugerah Pereka Fesyen Paling Popular, di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011. 

Pengarah pakaian komersil Tesco Malaysia, Janice Chan berkata ini merupakan kali ketiga berturut-turut pasar raya berkenaan bekerjasama dengan pereka fesyen tempatan untuk menampilkan koleksi yang bukan sahaja unik, praktikal malah sesuai dengan konsep moden kontemporari. 

Koleksi 'Sejati' sesuai untuk seisi keluarga. 

"Koleksi Hatta mempunyai keunikan tersendiri, ia ditampilkan dengan kombinasi warna yang terang serta motif bunga istimewa," kata Chan pada sidang media selepas pelancaran koleksi Hatta di Hotel Royale Bintang, The Curve di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini. 

Tesco Stores turut memperkenalkan koleksi seisi keluarga, yang dikenali sebagai 'Sejati'.

Bercerita mengenai inspirasi disebalik koleksi berkenaan, Hatta berkata kedatangan bulan Syawal cukup istimewa kerana pada hari yang mulia ini umat Islam akan meraikannya dengan sanak saudara tanpa mengira peringkat umur. 

"Saya menggunakan fabrik ringan seperti lycra, crepe dan chiffon, yang sangat selesa dan sesuai dengan warna pastel seperti biru, hiaju, ungu, kuning,  dan merah jambu," kata Hatta sambil menambah beliau turut memperkenalkan kolekasi baju kurung moden, kaftan dan jubah. 

Koleksi ini dijual pada harga antara RM199 dan RM289, ia boleh didapati di 20 cawangan Tesco seperti Ampang, Mutiara Damansara, Shah Alam, Desa Tebrau, Kajang, Kepong, Puchong, Melaka, Kota Baru, Nilai, Seremban 2, Klang, Setia Alam dan Pulau Pinang.

Koleksi hari raya 'Sejati' yang menampilkan konsep fesyen Islamik dijual pada harga serendah RM25. 

Kaftan bermotifkan bulu burung merak sesuai dipadankan dengan baju Melayu berwarna merah. 


Koleksi ini didatangkan bersama maxi labuh, kaftan, peplum moden, baju kurung, baju Melayu, kemeja linen untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. 

Ia boleh didapati di 27 cawangan Tesco terpilih di seluruh negara. 

Hatta merupakan pereka fesyen kegemaran selebriti popular seperti Neelofa dan Datuk Siti Nurhaliza. 


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain