suria

Fesyen 'Dulang Girl & Boy' di Color Tree

Pakaian Pembawa Dulang Hantaran
PAKAIAN pembawa dulang hantaran memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam sesebuah majlis perkahwinan kerana ia bakal menjadi sebahagian daripada penilaian tetamu.

Memikir mengenai kepentingan watak tersebut, pemilik butik Color Tree, Rashida Rafar dan Noor Nabila Mohd Nor mula memberi tumpuan kepada pakaian pembawa dulang hantaran  baik perempuan mahupun lelaki atau lebih dikenali sebagai 'dulang girl' dan 'dulang boy'.

Menurut Rashida, 29, konsep, 'material' dan warna kain biasanya dipilih oleh pelanggan, selepas itu barulah dia akan membuat tempahan tersebut kepada tukang jahit yang berkhidmat dengan Color Tree.

"Untuk fesyen dulang girl dan dulang boy ini kebiasaannya mereka akan memilih warna pastel agar tidak melebihi konsep busana yang digayakan oleh pengantin.

"Harga yang ditawarkan bergantung kepada 'design' dan 'material' kain yang dipilih. Kami menyediakan lima pilihan warna untuk 'dulang girl' dan 'dulang boy'," katanya ketika ditemui mStar Online di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tidak tertumpu kepada fesyen yang boleh digayakan pada majlis perkahwinan sahaja, Color Tree turut mengenengahkan pakaian yang mengikut trend semasa seperti,jegging, kaftan, dress dan skirt.

"Color Tree bermula dengan menjual seluar jegging awal 2013. Produk ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan setiap hari saya perlu menyediakan 100 helai supaya dapat mengimbangi permintaan pelanggan.

"Jegging ini sangat selesa untuk dipakai dan boleh fit untuk saiz badan XS hingga XL. Terdapat 58 pilihan warna dan lebih istimewa ia dijual pada harga RM59 sehelai," katanya.

Produk lain yang terdapat di Color Tree adalah kaftan, kardigan, pencil skirt, dress, top blouse. Pada masa akan datang mereka turut mempunyai perancangan untuk memperkenalkan blazer dan suit.

Kimono Kardigan keluaran Color Tree. 

"Pencil skirt yang di Color Tree mempunyai 20 pilihan warna. Bagi muslimah pula kami turut menyediakan pensel skirt labuh yang boleh dipakai ke mana-mana sahaja.

"Bagi mereka yang inginkan kelainan boleh mencuba flare skit dan mermaid skirt," katanya. 

Peranan Warna Dalam Fesyen

Fesyen dan warna memang tidak boleh dipisahkan, bagi memastikan ia terus memainkan peranan dalam fesyen yang dibawa, Color Tree kini memberikan tumpuan kepada padanan warna kepada produk keluaran mereka.  

"Di sini kami mengikut trend fesyen semasa, kami menggunakan 'colour coding', daripada 001 hingga 058. Contohnya untuk warna merah jambu, kita ada dusty pink, nude pink, baby pink, magenta. Pada masa yang sama kami juga cuba pelbagaikan pilihan warna.

"Generasi 'Y' pada hari ini lebih berani dalam berfesyen. Sebab itu pada tahun ini kami mengeluarkan leather jegging dengan 12 pilihan warna antaranya hitam, biru dan hijau. 

"Jegging ini sesuai dipakai untuk pergi bercuti dan bekerja," katanya. 

Color Tree turut menggunakan aplikasi seperti WhatsApp, Intagram dan Facebook untuk mempromosikan produk keluaran mereka. 

Bagi mereka yang berminat dengan koleksi yang terdapat di ColorTree KL, anda boleh melayari, https://www.facebook.com/Colortreepants

Untuk berpeluang menangi baucar bernilai RM100 tajaan Color Tree, pembaca mStar Online boleh menyertai Peraduan Fesyen & Kapsyen 2 Facebook mStar yang diadakan bermula daripada 5 hingga 18 Mei 2014. Anda hanya perlu menghantar kapsyen yang kreatif dan kongsikan penyertaan anda di Facebook untuk meraih undi.

Untuk keterangan lanjut mengenai peraduan ini, layari www.facebook.com/mstardotcomdotmy


Color Tree

Artikel Sebelum

Artikel Lain