Dua Produk Superstar Maybeline

Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 3:55 PM

Maybelline New York Lashionista.

(Ubah saiz teks)

MAYBELLINE tampil dengan produk terbaru mereka, New York: Lashionista Maskara. Kombinasi serasi antara formula dan teknologi, masakara ini digunakan untuk melentikkan bulu mata anda. 

Antara formula yang digunakan ialah, Pure Black Pigments , ia akan membantu melentikkan bulu mata dan kekal lebih lama. 

Pada masa sama, Resipi rahsia X-Finity Fibers  juga mampu memanjangkan bulu mata anda hingga 4 milimeter.

Tidak sama seperti maskara tradisional, Lashionista menjadikan mata anda lebih bersinar daripada biasa. 

Mahu memiliki kulit yang cantik dan dapat memberikan kenyakinan kepada anda? Pastinya Maybelline New York Clear Smooth BB Silk Poreless White mampu membuatkan kulit anda lebih lembut dan sempurna.  Produk ini dapat menjadikan kulit anda dua tona lebih cerah. 

Tidak seperti bedak muka biasa, ia akan menutup ketidaksempurnaan, kemerahan, kecacatan, kulit tidak sekata dan menjadikan kulit anda lebih licin dan berseri. 

Kali pertama anda mengaplikasikannya, sudah pasti pengguna boleh melihat kesan yang diinginkan. Set terbaru keluaran Maybelline ini sesuai dengan kulit penduduk Asia. Ia juga telah diuji oleh dermatologi dan sesuai dipakai oleh mereka yang mengalami alahan kulit.

Maskara Maybelline New York Lashionista dijual pada harga RM35.90 sementara Maybelline New York BB Silk Poreless White dijual pada RM29.90.

Dapatkannya di pasaran untuk menjadikan diri anda lebih menawan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan