suria

Sazzy Falak Kini Pemilik Jenama Street Fashion KL

Street Fashion KL tampil dengan fesyen mengikut trend semasa. -Foto Ihsan Fariz Fakri Fotografi.
MEREKA yang menggemari konsep fesyen, 'edgy' dan 'funky' pasti terpesona dengan rekaan yang terdapat di Street Fashion KL.

Butik online milik pelakon dan pengacara versatil, Sazzy Falak ini mengetengahkan pelbagai produk seperti tas tangan, kasut dan pakaian.

Antara jenama yang terdapat di Street Fashion KL ialah Ash Burn D, Bits of Random, Gin & Jacqie, Kyla Ruiz dan Sakura. Bukan itu sahaja, Sazzy turut mempunyai jenamanya sendiri, Street Fashion by Sazzy Falak dan produk keluarannya ini turut dijual di Street Fashion KL.

 

Sazzy berkata, citarasa fesyennya banyak mempengaruhi rekaannya dalam mengeluarkan produk di bawah labelnya sendiri.

"Konsep fesyen yang saya design sendiri lebih kepada konsep bohemia, gipsi dan resort wear. Ini kerana saya menggemari konsep tersebut.

"Saya beri tumpuan kepada fesyen seperti ini kerana masyarakat pergi bercuti hampir setiap minggu. Saya tak nafikan kita juga ada design yang mengikut tema dan warna.

"Rekaan saya mengikut mood saya sendiri. Saya sering mendapat inspirasi daripada konsep ala Red Indian, banyak manik, namun ia sesuai dipakai pada musim panas," katanya kepada mStar Online di Publika baru-baru ini. 

 

Ibu kepada pasangan kembar Iman Lily dan Tiara Rose ini berkata, "Street Fashion KL menampilkan produk yang mengikut trend fesyen semasa.

"Untuk konsep resort wear, saya lebih menumpukan kepada kaftan dan dress. Pakaian seperti ini boleh dipakai beberapa kali dengan hanya menambah aksesori kepadanya," katanya. Sazzy berkata, konsep fesyen yang dijual dibutiknya sesuai untuk mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun.

Untuk rekaan tas tangan, isteri kepada usahawan dan jurulatih perniagaan Nazril Idrus ini berkata, dia berkolaborasi dengan Sometime by Asian Designers.

"Tas tangan ini telah pun berada di pasaran. Sementara empat rekaan lagi akan dipamerkan pada KL Fashion Week yang akan berlangsung pada 18 hingga 22 Jun di Pavilion, Kuala Lumpur. Mungkin satu hari nanti saya akan design kasut menggunakan jenama saya sendiri," katanya mengakhiri perbualan.

Mereka yang berminat dengan fesyen keluaran jenama ini, boleh melayari laman web www.streetfashionkl.com

Untuk berpeluang menangi baucar bernilai RM500 tajaan Street Fashion KL, pembaca mStar Online boleh menyertai Peraduan Fesyen & Kapsyen 2 Facebook mStar yang diadakan bermula daripada 5 hingga 18 Mei 2014. Anda hanya perlu menghantar kapsyen yang kreatif dan kongsikan penyertaan anda di Facebook untuk meraih undi.

Untuk keterangan lanjut mengenai peraduan ini, layari www.facebook.com/mstardotcomdotmy

Street Fashion KL, Sazzy Falak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain