suria

Macam-macam ada! Jom cuba cabaran di media sosial, isi masa terluang sepanjang PKP

Instagram menyediakan pelbagai 'Challenge' untuk pengguna.

MEDIA sosial menjadi teman setia setiap orang sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

Minggu ini PKP sudah pun memasuki fasa kedua sehingga 14 April ini bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.

Tempoh yang agak lama bagi semua orang untuk hanya berada di rumah, namun ia adalah jalan terbaik bagi memastikan wabak yang membawa maut ini terputus rantaiannya.

ARTIKEL BERKAITAN: 

Tempoh 24 jam di terperap di rumah, sudah pasti telefon bimbit menjadi sahabat baik, dan mungkin hanya berhenti apabila makan, mandi, solat dan tidur.

Dan hanya masa itu sahaja telefon bimbit anda boleh ‘berehat’.

Contoh DM yang anda akan terima selepas memberi tanda suka kepada gambar 'Until Tomorrow' rakan. 

Selain tidak terlepas mengikuti perkembangan semasa negara, gosip artis, sukan dan sebagainya, pengguna media sosial tidak terlepas mengambil bahagian dalam pelbagai cabaran yang diperkenalkan oleh di platform Instagram, Facebook mahupun Twitter.

Antara yang selalu menjadi ikutan seperti gambar #ThrowbackThursday, rakaman video mannequin serta cabaran ‘ice bucket’.

Namun terbaharu sejak minggu lalu, di paparan skrin media sosial itu penuh dengan '#UntilTomorrow’.

Cabaran #UntilTomorrow’ dan bagaimana menyertainya

Cabaran Until Tomorrow menyaksikan pengguna media sosial memuat naik gambar lucu atau gambar lama diri sendiri di Instagram dengan kapsyen ‘UntilTomorrow’.

Sosial media menyediakan pelbagai 'challenge' untuk pengguna menyertainya.

Gambar tersebut akan berada di ‘feed’ sendiri sepanjang hari sebelum ia dipadam.

Jika memberi tanda suka kepada gambar orang lain di feed anda yang mempuyai kapsyen ‘UntilTomorrow’, anda dijangka menerima mesej peribadi (DM) daripada orang lain yang mencabar anda untuk berani memuat naik gambar lama, ‘buruk’ atau memalukan.

Jika ada yang ‘like’ gambar anda pula, anda perlu DM dan meminta mereka berbuat demikian.

Antara cabaran lain yang menjadi ikutan sepanjang PKP ini termasuk tekan tubi, tisu tandas, penutup botol, The Dolly Parton dan yang setiap minggu kelihatan adalah #throwbackThursday’.

Artikel Lain