suria

Zaman orang ketagih ‘FYP’, Boss Kay kongsi ilmu percuma untuk popular di TikTok... Tak lokek ajar cara ‘buat duit’ tanpa modal!

Boss Kay tak lokek berkongsi ilmu kepada masyarakat.

RAMAI dalam kalangan kita mula aktif di aplikasi TikTok kerana kelapangan masa ketika pandemik Covid-19 melanda dunia, kira-kira tiga tahun lalu.

Namun, lain pula ceritanya bagi TikTok Guru terkenal, Boss Kay atau Khaireel Azlee Abd Aziz yang mempunyai misi tersendiri tatkala dia menyertai aplikasi itu pada tahun 2019.

Banteras 4L

Menurut Boss Kay, 39, dia terpanggil untuk membanteras 4L iaitu lagha (melalaikan), lucah, lacur dan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) yang mula meresap dalam aplikasi TikTok sekitar waktu itu.

"Saya terlibat dalam dunia content sejak tahun 2011. Pada waktu itu ada Facebook, Twitter dan Instagram. Selepas algorithm Facebook menurun dalam tahun 2019, saya mula kaji TiKTok. Saya sertai TikTok pada 2019.

"Masa tu kita tengok video berjoget dan seksi yang viral. Kita semua membentuk persepsi bahawa algorithm TikTok nak macam tu. Nak yang lagha, lucah, lacur dan LGBT. Kita tengok kebanyakan yang viral adalah LGBT.

"Mula-mula tu saya malas nak buat personal branding. Tapi saya tengok keadaan dah meruncing. Ada mak ayah suruh anak jadi LGBT. Kedua, insitusi agama dah mula berjoget.

bk1

Boss Kay berkata dia mahu membanteras 4L dalam aplikasi TikTok.

"Contohnya ada yang berniqab guna lagu buat tarian, ustaz buat tarian untuk viral. Jadi saya terpanggil untuk membanteras 4L ini," ujarnya kepada mStar.

Kongsi ilmu percuma

Menurut anak jati Pulau Pinang yang membesar di Kuala Selangor itu, dia menggunakan platform TikTok untuk berkongsi ilmu percuma, khususnya untuk mendapatkan sokongan komuniti yang berupaya memberi manfaat terhadap setiap yang terlibat.

Dengan kata lain ilmu yang dikongsikan Boss Kay juga boleh membantu content creator untuk memasuki 'FYP' atau For You Page iaitu kaedah mendapatkan lebih banyak viewers dan lebih tersebar luas.

"Apabila saya masuk TikTok, saya mula ajar cara nak dapatkan engagement, ajar supaya jangan jadi robot. Kenapa TikTok seseorang tak ada view? Sebab mereka buat TikTok macam robot.

"Jadi saya ada empat rukun atau 4R. Yang pertama, kita kena belajar tengok video sampai habis. Kedua, kena tekan like. Ketiga, kena komen murni-murni dan yang keempat kena copy link.

"Di Filipina, Indonesia dan Thailand, budaya copy link ni dah berjuta. Mereka jenis support video orang sehingga video dapat jutaan view. Di Malaysia, budaya support ni susah sikit.

bk4

Tanda pagar #SahabatBossKay turut digunakan secara meluas di platform video itu.

"Di Malaysia, kebanyakan content creator yang viral adalah condemn creator. Contohnya dia pergi makan, tak suka kedai tu, jadi dia akan condemn. Selalunya content condemn ni dapat engagament tinggi. Sebab tu saya terpanggil untuk jernihkan budaya dalam TikTok," ujarnya lagi.

Menurut Boss Kay lagi, dia juga biasanya akan membuat kelas secara menerusi TikTok yang berkisar mengenai topik personal branding.

Sokongan #SahabatBossKay

Lebih menarik, anak-anak muridnya yang telah berjaya turut memperkenalkan tanda pagar #SahabatBossKay yang kini mencecah 670 juga tontonan di TikTok, yang mana ia telah digunakan oleh lebih 50,000 content creator.

Menurut Boss Kay, tanda pagar #SahabatBossKay bukan sahaja mempamerkan sokongan komuniti terhadap setiap content creator yang menyertainya, malah ia juga mampu membantu bagi mereka yang berniaga.

"Saya ada satu program mentor mentee. Contohnya ada peserta 100 orang. Saya akan bawa 20 sahabat Boss Kay untuk ajar mereka. Habis program mereka akan bersahabat dan terus guide secara percuma.

bk9

Boss Kay juga merupakan pengusaha bisnes fesyen.

"Jadi bila dah ada audiens dalam circle, awak berniaga apa pun boleh. Circle ini boleh membantu apa jua perniagaan mereka," ujarnya lagi.

Kejian dan Pujian

Selain itu, Boss Kay berkata dia sendiri mampu meraih kira-kira AS$300 (RM1,200) setiap kali membuat siaran langsung TikTok melalui gift yang diberikan oleh penonton.

"Sekali live, boleh dapat AS$300 melalui gift orang bagi. Dalam sebulan, boleh dapat dalam AS$10 hingga AS$100,000. Ini melalui gift live, gift video dan penjualan TikTok Series.

"Apabila ada personal branding, saya juga buat jenama fesyen," ujar Boss Kay yang pernah digelar sebagai cikgu mitos serta dituduh mengajar ajaran sesat.

Akhir bicara, Boss Kay berkata dia tidak kisah dengan kecaman yang dilemparkan, malah menganggap ia sebagai ujian keikhlasan dalam perjuangannya.

"Saya digelar cikgu mitos, orang kata saya ajaran sesat. Tapi sekarang komen negatif boleh filter. Yang negatif saya delete.

"Saya pernah terima nasihat bahawa nak mengajar kena ikhlas. Pujian dan kejian mestilah sama banyak, barulah ujian keikhlasan akan bermula," ujar Boss Kay lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain