suria

Tak umph makan jeruk mangga lembik! Rupanya ada cara mudah bagi rangup, ‘say no’ bahan pengawet

Mangga perlu direndam selama satu hari untuk kekalkan tekstur rangup.

BUAH yang masih rangup walaupun sudah direndam lama dalam air jeruk tentu menjadi pilihan.

Namun ramai peniaga atau pembuat jeruk menggunakan bahan pengawet untuk mengekalkan kerangupan dan tekstur agar tidak mudah menjadi lembik.

Seperti kita sedia maklum, bahan pengawet sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan jika diambil dalam jangka masa panjang.

Jadi bagi mereka yang mementingkan kesihatan, terdapat cara lain yang lebih selamat untuk membuat jeruk sendiri di rumah.

Kaedah tersebut dikongsikan Akma Razali menerusi hantaran di Facebook yang boleh dijadikan panduan untuk membuat jeruk mangga.

Garam dan cuka merupakan antara bahan digunakan untuk mengekalkan kerangupan mangga.

1. Pilih mangga muda sebanyak enam biji.

2. Buang kulit dan basuh sehingga bersih.

3. Potong mengikut bentuk dan cita rasa masing-masing.

4. Masukkan mangga ke dalam bekas bertutup.

5. Masukkan air putih sehingga paras buah.

6. Masukkan dua genggam garam kasar.

Pastikan air gula disejukkan sebelum digunakan untuk merendam mangga.

7. Tuang setengah botol cuka.

8. Kacau segala bahan bersama mangga sehingga sekata.

9. Biarkan mangga diperam selama satu malam.

10. Tapis air rendaman dan tidak perlu dibilas.

11. Masukkan mangga ke dalam balang untuk dijerukkan.

12. Masukkan air gula yang disejukkan mengikut tahap kemanisan diinginkan.

Selepas selesai penyediaan jeruk, biarkan selama satu malam sebelum dihidangkan.

Menurut Akma, kaedah ini juga boleh digunakan untuk membuat jeruk buah kelubi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain