suria

Indah, serba canggih... Sentosa Sensoryscape jadi tarikan terbaharu di Singapura

Sentosa Singapura menawarkan keindahan dan kecanggihan Sensoryscape yang baru dibina.

PERTAMA kali menjejakkan kaki ke Pulau Sentosa di Singapura, rupanya banyak perkara boleh dilakukan di sini!

Sentosa Singapura telah membuka rangkaian tarikan menarik dalam beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk 'Harry Potter: A Forbidden Forest Experience'.

size NP 1 (97)

Taman bertingkat ini menawarkan pemandangan panoramik hujung utara Sentosa.

Selain itu, pembukaan Sensoryscape sejak 14 Mac lalu turut menjadi satu tarikan yang tidak boleh dilepaskan pengunjung yang hadir ke sana.

Pengunjung yang datang pasti terpesona dengan Sentosa Sensoryscape yang serba baharu dan menakjubkan.

size NP 1 (96)

Pancaran cahaya animasi memancar ke langit.

Baru-baru ini, mStar turut berkesempatan ke Sentosa Singapura bagi melihat sendiri keindahan dan kecanggihan Sensoryscape yang baru dibina.

Menelan perbelanjaan sebanyak S$90 juta (RM317 juta), Sensoryscape merupakan projek pertama yang siap dalam Pelan Induk Jangka Panjang Sentosa-Brani.

size NP 1 (98)

Tactile Trellis membolehkan pengunjung menyentuh pelbagai tumbuhan dengan tekstur menarik.

Ia merupakan usaha membentuk semula pulau peranginan dan Pulau Brani untuk menjadi destinasi percutian dan pelancongan yang unggul.

Sentosa Sensoryscape juga menjadi laluan tarikan buat pengunjung dari Resorts World Sentosa ke Pulau Sentosa dengan pengalaman yang mengasyikkan pada waktu malam.

size NP 1 - 2024-03-28T125755.700

Symphony Streams sesuai untuk berehat dengan bunyi air yang menenangkan dan bisikan bayu pantai.

Laluan sepanjang 350 meter itu memberikan pengalaman baharu buat pengunjung yang hadir lebih-lebih lagi yang sudah berkeluarga.

Terletak di tengah-tengah Sentosa, laluan pejalan kaki yang mengagumkan secara visual itu terdiri daripada enam taman iaitu Lookout Loop, Tactile Trellis, Scented Sphere, Symphony Streams, Palate Playground dan Glow Garden.

size NP 1 (100)

Scented Sphere merupakan taman deria dikelilingi arca keluli megah serta tumbuhan aromatik.

Setiap bahagian diperhebatkan dengan pengalaman imersif dan audio-visualnya yang unik, daripada seni cahaya digital yang menarik kepada realiti tambahan.

Selepas matahari terbenam, enam zon Sentosa Sensoryscape berubah menjadi skap bunyi yang diilhamkan oleh alam semula jadi dengan ImagiNite, seni cahaya digital interaktif (pemetaan unjuran) dan pengalaman realiti tambahan menggunakan aplikasi mudah alih ImagiNite.

size NP 1 - 2024-03-28T125443.368

Apabila matahari terbenam, ruang bertukar kepada cahaya interaktif dan pengalaman realiti diperkukuh yang menampilkan rama-rama dan bunga-bungaan.

Turut menjadi teras Sentosa Sensoryscape ialah tiga struktur diagrid rumit yang direka oleh arkitek terkenal di peringkat antarabangsa iaitu Serie and Multiply.

Menurut Ketua eksekutif Sentosa Development Corporation Thien Kwee Eng, terdapat beberapa tarikan yang menarik disediakan di Sentosa, namun Sensoryscape akan memberikan keseronokan kepada pengunjung pada tahap yang berbeza.

size NP 1 - 2024-03-28T125939.902

ImagiNite akan membawa anda ke dunia bawah air yang memukau dipenuhi haiwan marin.

"Kami di Sentosa mempunyai beberapa aktiviti malam yang menarik, tetapi Sensoryscape akan membawa pengunjung merasai keseronokan ke tahap yang baharu," katanya.

Antara tarikan waktu malam di Sentosa termasuklah pertunjukan cahaya dan muzik Wings Of Time, Night Luge pada malam hujung minggu di Skyline Luge Singapore, kelab tepi pantai seperti Tipsy Unicorn, dan Harry Potter: A Forbidden Forest Experience.

size NP 1 - 2024-03-28T130437.448

Pengalaman berkunjung ke sini pasti tidak akan dilupakan.

Selain itu, terdapat juga aktiviti bermain golf di UltraGolf Palawan @ Sentosa, laluan tepi pantai 18 lubang dan litar go-kart elektrik HyperDrive yang dibuka sehingga lewat malam.

Sentosa Sensoryscape sudah dibuka kepada orang ramai sejak 14 Mac 2024, dengan pengalaman Imaginite bermula setiap malam dari jam 7.50.

Tempat tarikan pelancong menarik itu dibuka setiap hari dan kemasukan adalah percuma.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain