suria

Jom ‘lari’ seketika hilangkan sesak nafas akibat jerebu, ini 5 destinasi bajet boleh anda kunjungi!

Jerebu yang sedang melanda negara cukup menyesakkan dan ia belum menunjukkan tanda-tanda bakal berakhir.

KETIKA ini impian semua rakyat Malaysia hanyalah satu - bangun pagi dan memandang ke luar jendela untuk melihat langit membiru tanpa sebarang pencemaran asap jerebu!

Tidak banyak yang dapat dilakukan ketika jerebu selain berharap masalah ini segera berakhir walaupun ia menunjukkan perkembangan positif di beberapa tempat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kita patut jadikan contoh... Masyarakat Jepun diangkat pelancong terbaik dunia!

Bagaimanapun ada cara untuk mengelak masalah jerebu jika ia masih belum pulih sepenuhnya dengan cara melancong ke tempat yang tidak mengalami pencemaran bagi menenangkan fikiran dan menghirup udara segar.

Paling penting lokasi ini pastinya sesuai dengan bajet anda.

1. Hoi An, Vietnam

Hoi An mungkin tidak berapa dikenali sebagai destinasi pelancongan namun mungkin sudah tiba masanya untuk menerokai lokasi ini.

Destinasi ini pernah menjadi pelabuhan utama suatu ketika dahulu namun sisa-sisa zaman kegemilangan Hoi An masih jelas termasuk landskap dan bangunan yang cukup menawan lagi bersejarah.

Malah perkampungan nelayan masih dipelihara dengan baik sehingga ke hari ini malah Hoi An bebas sebarang kesesakan lalu lintas mahupun pencemaran.

Paling penting, segala-galanya di Hoi An menawarkan harga berpatutan termasuk hotel dan makanan yang enak. Sesuai untuk anda yang mengimpikan percutian bajet dan ingin lari daripada jerebu!

2. Chiang Mai, Thailand

Terletak di utara Thailand, Chiang Mai yang cukup mempesonakan dengan landskap indah serta masih mengekalkan tradisi turun temurun termasuk budaya dan sejarah menjadikan ia sebuah bandar istimewa.

Mungkin bandarnya banyak dikelilingi oleh kuil tetapi ia juga penuh dengan aktiviti lain termasuk makanan! Chiang Mai syurga untuk pelbagai makanan enak.

3. Pulau Boracay, Filipina

Pasir putih di sepanjang empat kilometer pantai Boracay adalah destinasi sempurna untuk lari seketika daripada jerebu.

Untuk mendapatkan sedikit privasi kerana pulau Boracay sangat popular, apa kata anda ke Pantai Diniwid atau Pantai Bulabog untuk mendapatkan ketenangan dan menikmati percutiaan singkat anda.

Pada waktu petang, lepak di tepi pantai sambil berbual-bual kosong dan melihat matahari terbenam adalah percutian terbaik.

4. Yangon, Myanmar

Yangon adalah bandar terbesar di Myanmar. Meskipun ia bandar yang sibuk, namun Yangon sarat dengan budaya dan tradisi yang masih kuat dalam kalangan masyarakat.

Bagi yang suka membeli-belah, Yangon menawarkan pelbagai barangan dengan harga berpatutan malah penginapan juga cukup murah.

5. Bali, Indonesia

Meskipun jerebu dilaporkan berpunca daripada kebakaran di Indonesia namun Bali tidak terkesan dengan pencemaran itu memandangkan kejadian berlaku di Sumatera dan Kalimantan.

Bali - Ia sebuah pulau yang tidak rugi dikunjungi berulang kali. Barangkali ia lokasi paling seronok untuk dikunjungi.

Banyak perkara boleh dilakukan di Bali, daripada aktiviti pantai, hiburan malam, makanan atau sekadar bersiar-siar di destinasi menarik. Pendek kata percutian singkat ke Bali memang tidak cukup. - THE STAR

jerebu, destinasi, Bali, Vietnam, Boracay

Artikel Lain