suria

Polo Malaysia-Thai Diputuskan Menerusi Jaringan Disebabkan Hujan

Atlet Polo negara, (dari kiri) Shaik Resmann Mohamed Ismail, Mohd Zulhelmie Nadzar, Abdul Rashid Hasnan dan Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman, meraikan kejayaan menewaskan Thailand dalam 'Penalty Shoot-Out' ketika beraksi menentang Thailand pada SEA KL2017 di Taman Equestrian Putrajaya Presint 5, Sabtu. -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Berikutan hujan dan padang licin, perlawanan polo Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di antara Malaysia dan Thailand terpaksa ditentukan menerusi jaringan penentuan yang menyaksikan Malaysia menang dengan mata 13-12.

Dalam jaringan penentuan itu, pengadil yang menentukan gawang mana akan digunakan dan setiap pemain, secara giliran, dan pasukan juga secara bergilir, akan melakukan satu pukulan dari garisan pada jarak 60-ela ke gawang yang tiada penjaga gol.

Bagaimanapun, semua pemain tidak boleh membuat pukulan daripada kedudukan membelakang dan perlu berada pada jarak 10 ela daripada bola.

Jumlah 13 mata untuk Malaysia itu, empat mata diperoleh menerusi ketua pasukan Shaik Reismann Mohamed Ismail, empat  oleh Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman; kedua-duanya memiliki handicap 3.

Lima lagi oleh Abdul Rashid Hasnan dan Mohd Zulhelmie Nadzar.

Bagi Thailand, empat mata dicatatkan ketua pasukan Nattapong Pratumlee yang memiliki handicap  2, enam mata oleh Satia Wongkraso dan Thanasin Chuawangkhan dan dua mata oleh Ploy Bhinsaeng.

Petang ini, Singapura akan bertemu  Brunei, dan perlawanan akhir bagi penentuan pingat emas dan pingat perak akan diadakan pada 29 Ogos di Taman Ekuestrian Putrajaya. -Bernama

polo, KL2017, hujan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain