Upacara Pembukaan KL2017 Dijangka Hujan

Diterbitkan: Rabu, 16 Ogos 2017 6:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Diramalkan hujan pada malam upacara pembukaan Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) berkata ia dijangka bermula dengan ribut petir sekitar 4 hingga 5 petang pada hari sama dan disusuli hujan pada sebelah malam tetapi cuaca pada sebelah pagi adalah baik.

Sempena temasya sukan dwitahunan itu, MET Malaysia turut mengeluarkan jadual ramalan cuaca setiap tiga hari mulai 17, 18 dan 19 Ogos, dan boleh didapati di laman sesawang MET Malaysia (www.met.gov.my).

Menurut jadual ramalan cuaca itu, bagi acara sukan seperti renang berirama dan memanah di Bukit Jalil esok, cuaca diramal hujan pada sebelah pagi, ribut petir di sebelah petang dan tiada hujan pada malamnya.

Manakala pada 18 Ogos di venue sama melibatkan acara seperti polo air dilaporkan tiada hujan di sebelah pagi tetapi ribut petir di sebelah petang dan mendung pada malamnya.

Selain Bukit Jalil, MET Malaysia turut memaklumkan bahawa jabatan itu akan mengeluarkan jadual ramalan cuaca bagi acara di setiap lokasi sukan iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam, Seri Kembangan, Petaling Jaya, Bandar Kinrara, Rawang, Selayang, Nilai, Kuala Terengganu dan Langkawi.

Orang ramai yang ingin mengikuti acara sukan adalah dinasihatkan untuk memeriksa jadual ramalan cuaca yang dikemas kini setiap tiga hari di laman web MET Malaysia bagi merancang perjalanan, katanya.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif, Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong ketika dihubungi, secara ringkas menasihatkan orang ramai untuk keluar awal bagi mengelakkan kesesakan.

“Gunakan pengangkutan awam seperti LRT (Transit Aliran Ringan) dan bas untuk ke venue dan walaupun hujan, pastikan anda tidak membawa payung masuk ke dalam stadium kerana ia adalah antara barangan yang ditegah,” katanya.

Pintu stadium akan dibuka pada 4 petang dengan diikuti program praacara yang bermula pada 6 petang sebelum upacara pembukaan berlangsung pada 8 malam.

Temasya berprestij, KL2017 akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos melibatkan 5,000 atlet dari 11 negara yang bakal bertanding dalam 404 acara daripada 38 jenis sukan.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Hujan , KL2017

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan