Tuah Zuhayra Zafra Iringi Ziyad

Diterbitkan: Jumaat, 11 Ogos 2017 11:19 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Juara dunia lontar peluru, Muhamad Ziyad Zolkefli mengharapkan tuah anak perempuannya yang diberi nama Zuhayra Zafra pada penampilan sulung di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Menurut Ziyad, nama anaknya itu membawa maksud yang baik iaitu keberanian dan kemenangan.

"Zuhayra ertinya keberanian manakala Zafra, kemenangan. Dua nama itu dipilih kerana ada kisahnya yang tersendiri.

"Pertama ketika saya melihat dengan sendiri kepayahan dan keberanian isteri saya untuk melahirkan Zuhayra, manakala Zafra iaitu kisah di sebalik kejayaan saya melakar kemenangan dan mencipta rekod dunia di London tempoh hari.

"Jadi saya harap nama itu akan membawa tuah dan mengiringi kejayaan saya pada Sukan SEA  yang pertama kali saya sertai," katanya kepada mStar Online.

Menurut Ziyad, nama tersebut dipilih atas persetujuan bersama dengan isterinya, Zafira Mohd Nasir.

"Kami ambil masa yang agak lama juga untuk pilih nama itu kerana saya sibuk dengan latihan. Jadi kami tak sempat nak berbincang mengenainya.

"Sebelum lahir kami sudah ada beberapa nama tapi belum ada pilihan muktamad. Jadi pada hari keempat selepas anak saya dilahirkan baharulah kami berkesempatan untuk berbincang dan akhirnya memilih nama itu," kata Ziyad.

Atlet paralimpik kelahiran Gombak, Selangor itu berkata, dia gembira dengan kehadiran Zuhayra Zafra yang kini telah melengkapi kehidupannya dan juga isteri.

"Saya teruja dengan kelahiran anaknya kerana dia menjadikan saya lebih matang. Malah dia juga menyuntik semangat untuk saya terus melakukan yang terbaik dalam karier," katanya.

Ditanya mengenai persiapannya menjelang Sukan SEA yang akan membuka tirainya pada 19 Ogos ini, Ziyad berkata segalanya berada di tahap terbaik.

"Persediaan saya sudah sampai 95 peratus. Insya-Allah minggu depan sudah 100 peratus. Segalanya berjalan dengan baik sekarang," katanya.

Pada masa sama, Ziyad enggan meletakkan sasaran terlalu tinggi kerana menyedari dia akan bersaing dengan atlet normal yang sudah tentu mempunyai kelebihan berbanding dirinya.

"Cukup sekadar saya dapat perbaharu rekod dunia yang dicipta di London tempoh hari. Andai dapat pingat itu saya anggap satu bonus dan rezeki anak," katanya.

Ziyad antara atlet paralimpik yang dipilih bersama Abdul Latif Romly untuk bersaing dalam temasya dwi tahunan itu.

Pada 16 Julai lalu, Ziyad berjaya melakukan lontaran 17.29 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.

Kejayaan itu sekali gus memperbaharui rekod dunia miliknya yang dilakukan pada temasya Sukan Paralimpik di Rio tahun lepas iaitu 16.48m. 

Tags / Kata Kunci: Ziyad Zolkefli , Zuhayra Zafra

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan