Negaraku Bangkit Bersama

Diterbitkan: Ahad, 6 Ogos 2017 8:20 PM

Najib berlari sambil membawa obor Sukan SEA sempena sambutan Larian Obor Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9 dari Menara Kembar Petronas ke Menara Naza pada Ahad. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 'Negaraku Bangkit Bersama'.

Ini mesej ditinggalkan Datuk Seri Najib Tun Razak di atas 'pledge car' Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) selepas selesai  Perdana  Menteri menyempurnakan Larian Obor KL2017 di sini, pagi Ahad.

Najib menyempurnakan larian beliau itu bermula dari perkarangan KLCC ke Menara Naza di Persiaran KLCC.

Kereta model Peugeot 208 berkenaan yang disumbangkan NAZA adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai menulis mesej mereka pada badan kenderaan itu sebagai sokongan kepada atlet Sukan SEA.

Larian bermula kira-kira pukul 9 pagi sebaik Perdana Menteri menerima obor daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin di perkarangan Menara Kembar Petronas KLCC.

Obor kemudian dibawa melalui perkarangan Hotel Traders di mana ia kemudian diserahkan Najib kepada isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sebelum kedua-duanya menyambung larian ke Menara NAZA.

Sebaik tiba di Menara NAZA, obor berkenaan kemudian diserahkan kepada Pengarah NAZA Group SM Nasarudin SM Nasimuddin.

Larian sejauh kira-kira 5.2 kilometer berkenaan juga disertai Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin bersama isteri masing-masing, selain 250 orang peserta.

Ia turut disertai beberapa atlet negara iaitu ratu gimnastik Farah Ann Abdul Hadi, pesilat negara Mohd Al Jufferi Jamari dan bekas jaguh badminton negara Foo Kok Keong.

Selepas Menara NAZA, obor berkenaan akan dibawa meneruskan perjalanannya ke Menara KL selain merentasi beberapa lagi kawasan di ibu negara sebelum ke Putrajaya dan dibawa ke destinasi terakhirnya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari pembukaan KL2017.

Larian hari ini adalah kesinambungan daripada larian di Selangor yang tamat di Shah Alam, Sabtu.

Ia adalah pra-acara kepada temasya sukan KL2017 yang dianjurkan Jawatankuasa Pengelola Malaysia dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan negeri sebagai inisiatif meningkatkan motivasi dan semangat rakyat menjelang temasya sukan berkenaan.

KL2017 akan diwakili 871 atlet yang bertanding dalam 397 acara daripada 404 yang dipertandingkan secara keseluruhan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Sukan SEA 2017

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan