Skuad Polo Air Lelaki Yakin Tamatkan Kemarau

Diterbitkan: Sabtu, 5 Ogos 2017 2:30 PM

PARA pemain pasukan Polo Air lelaki negara giat menjalani latihan bagi persiapan menjelang Sukan SEA Ke-29 di Pusat Akuatik, Bukit Jalil pada 5 Ogos 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad polo air lelaki negara yang turun selaku pasukan ‘underdog' pada Sukan SEA ke-29, yakin mampu melakar kejutan untuk meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa, sekali gus menamatkan kemarau pingat 12 tahun dalam acara itu.

Ketua pasukan Khoo Tiong Jin berkata, Filipina dan Thailand menjadi fokus utama pasukan negara yang dibarisi oleh pemain muda untuk merealisasikan impian itu di Pusat Akuatik Nasional bermula 15 hingga 20 Ogos ini.

“Persiapan kami untuk Sukan SEA kali ini lebih baik dan lengkap berbanding edisi-edisi terdahulu selepas latihan sejak tahun lepas, termasuk latihan dua minggu di China bulan lepas. Kami yakin untuk meraih pingat gangsa, ataupun perak jika mampu melakar kejutan ke atas Indonesia.

“Singapura memang pasukan yang paling kuat, tetapi kita belum tahu lagi kekuatan pasukan Indonesia, Thailand dan Filipina,” kata graduan jurusan kejuruteraan mekanikal berusia 26 tahun itu, ketika ditemui pemberita selepas lawatan Chef-de-mission Datuk Marina Chin ke sesi latihan pasukan itu di sini, Sabtu.

Pada sukan yang secara tradisinya dikuasai oleh Singapura yang merupakan juara 26 kali berturut-turut, setiap pasukan mempunyai 13 pemain, yang mana seorang penjaga gol dan enam pemain akan beraksi di dalam kolam renang untuk menjaringkan gol di gawang pasukan lawan.

Dengan hanya lima pasukan termasuk tuan rumah Malaysia akan mengambil bahagian dalam acara itu, setiap pasukan akan bermain sebanyak empat perlawanan secara liga untuk menentukan pemenang berdasarkan jumlah mata yang diperoleh.

Sementara itu, ketua jurulatih Voon Yong Hui berkata lebih separuh pemain negara, iaitu tujuh daripada 13 pemain merupakan pemain muda yang bakal membuat penampilan pertama (debut) Sukan SEA.

“Kita telah memulakan latihan pusat sejak Disember lepas dan saya yakin kita mampu meraih pingat. Peluang sentiasa ada bergantung kepada prestasi pemain ketika perlawanan sebenar,” katanya kepada Bernama.

Marina pula mengakui bahawa semangat juang pasukan polo air lelaki dan wanita negara sangat tinggi, kerana mereka sedar bakal beraksi di hadapan penyokong sendiri, termasuk keluarga dan rakan-rakan mereka.

Kali terakhir skuad polo air lelaki negara meraih pingat ialah pingat gangsa pada 2005 edisi Manila, selepas pingat perak pada 1991 juga di Manila.

Pada edisi sebelum ini di Singapura dua tahun lepas dan edisi 2013 di Myanmar, skuad negara terpaksa berpuas hati dengan tempat keempat.

Tags / Kata Kunci: Polo Air

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan