KL2017: Polis Perak Kerah 450 Anggota

Diterbitkan: Sabtu, 5 Ogos 2017 2:26 PM

KETUA Polis Perak Datuk Hasnan Hassan (tiga, kanan) beramah mesra dengan peserta cilik Konvoi Berbasikal Qasih Qirana Syahrul Idzwan, 4, (tengah) pada Sambutan Hari Hijau Polis DiRaja Malaysia (PDRM) 2017 di pekarangan Ibu Pejabat Kontinjen Polis Perak (IPK) pada 5 Ogos 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis Kontinjen Perak menempatkan sejumlah 450 pegawai dan anggotanya untuk bertugas sepanjang penganjuran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang bakal berlangsung bulan ini.

Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata kesemua mereka akan ditugaskan menjaga keselamatan selain memastikan suasana terkawal sepanjang temasya sukan itu berlangsung.

Beliau berkata pegawai dan anggota yang ditugaskan itu terdiri daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik serta Cawangan Tugas Am.

"Kita akan menambah jumlah pegawai dan anggota jika diperlukan pada bila-bila masa bagi menampung pasukan keselamatan sedia ada," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Sambutan Hari Hijau Polis Diraja Malaysia (PDRM) peringkat negeri Perak yang disertai kira-kira 200 pegawai dan anggota di kuarters polis Jalan Padang Tembak di sini, Sabtu.

Sementara itu, Hasnan berkata sebanyak RM814,330 dicatatkan hasil penjimatan kos Polis Kontinjen Perak menerusi inisiatif Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau PDRM pada tahun lepas.

"Polis Kontinjen Perak mengambil inisiatif yang proaktif dan memainkan peranan dalam usaha mengurangkan penggunaan bahan api seperti petrol dan diesel serta penggunaan utiliti tanpa menganggu tugas dan operasi harian.

"Selain itu, kita juga menggunakan produk mesin penyalin yang mesra alam serta kertas dan tisu kitar semula di pejabat pentadbiran polis bagi mengelakkan pembaziran seterusnya memulihara alam sekitar," katanya menurut Bernama.

Hasnan berkata inisiatif amalan hijau dilaksanakan bertujuan meningkatkan pengetahuan mahupun kesedaran dalam kalangan warga PDRM mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar untuk kehidupan yang lebih baik dan lestari serta memberi pulangan optimum ke atas peruntukan kewangan yang dibelanjakan.

Tags / Kata Kunci: Perak , KL2017

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan