Jaga Diri, Elak Kecederaan

Diterbitkan: Khamis, 27 Julai 2017 5:29 PM

SEBAHAGIAN daripada atlet-atlet negara menunjukkan kasut rasmi Power yang akan dipakai pada KL2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kurang sebulan sebelum Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bermula, setiap kontijen negara sudah semestinya berada di tahap persiapan terakhir bagi menghadapi kejohanan paling unggul di Asia Tenggara itu.

Namun di saat-saat akhir persiapan, pelbagai kemungkinan boleh berlaku ke atas diri atlet termasuk mengalami kecederaan seandainya tidak mengambil langkah berjaga-jaga.

Sehubungan itu, Ketua Kontinjen KL2017, Datuk Marina Chin berharap semua atlet menjaga keselamatan diri masing-masing menjelang temasya bermula pada bulan depan.

Menurut Marina, sejak awal latihan lagi beliau sudah memaklumkan kepada semua pengurus dan jurutih supaya memantau keselamatan atlet masing-masing.

"Kadang-kadang kecederaan bukan sahaja berlaku ketika menjalani latihan ataupun pertanding, sebaliknya ia mungkin berlaku di luar kawasan tersebut.

"Kalau boleh elakkan sebarang kecederaan dan fokus terhadap apa yang dilakukan dalam tempoh 20 hari lebih ini sebelum Sukan SEA," ujarnya selepas majlis penyerahan tajaan kasut rasmi Power dari Bata untuk Kontinjen Malaysia KL2017 di Majlis Olimpik Malaysia pada Khamis.

Dalam pada itu, Marina turut berharap kecederaan buku lali yang dihadapi pemain muda badminton negara, Goh Jin Wei tidak terlalu serius.

"Saya berharap ia tidak akan menjejaskan persiapan pasukan Malaysia. Dalam setiap pasukan kami selalu bersedia back-up (pemain gantian) untuk sebarang kemungkinan," ujarnya.

Selain itu Marina turut berharap cuaca baik sepanjang temasya KL2017 yang bermula 19-30 Ogos ini.

"Saya tidak bimbang dengan kemungkinan jerebu akan melanda negara ini kerana yakin cuaca akan baik. Dan sekiranya berlaku dalam masa terdekat sebelum temasya bermula, pihak penganjur akan bersedia dengan pelan kedua untuk semua kontinjen," ujarnya ringkas.

Dalam pada itu, Marina turut memberitahu bahawa pengumuman pembawa bendera negara, pembawa obor dan lain-lain akan dibuat pada 10 Ogos ini.

Selain itu, Bata terus menjadi penaja utama kasut sukan dan kasual bagi kontinjen sejak 2001.

"Kami menghantar enam rekaan kasut Power kepada Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin). Dan menteri telah memilih salah satu rekaan terbaik untuk atlet negara.

"Rekaan eksklusif  khas untuk atlet negara dan berharap mereka gembira memakai kasut Power sepanjang temasya nanti," jelas Pengurus Serantau Bata Malaysia, Ajay Ramachandran.

Tags / Kata Kunci: Datuk Marina Chin , KL2017

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan