Sukan SEA: Kita Di Landasan Tepat - Tunku Imran

Diterbitkan: Sabtu, 4 Mac 2017 4:56 PM

Tunku Imran pada sidang media selepas mesyuarat Majlis MOM pada Sabtu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persiapan Malaysia dalam pelbagai aspek bagi penganjuran temasya Sukan SEA dari 19-31 Ogos ini, berada pada landasanyang tepat.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tunku Ja'afar berkata beliau yakin semua perancangan akan berjalan seperti dirancang dan akan memastikan semua tanda aras yang ditetapkan dapat dipenuhi.

Katanya daripada aspek persiapan, ada beberapa perkara yang berjalan lancar manakala ada yang di belakang jadual tetapi yakin semuanya dapat disiapkan seperti yang ditetapkan.

"Semuanya berada pada landasan tepat tetapi ia bukan bermakna kita boleh sambil lewa. Kita masih perlu berusaha keras menyiapkan semuanya mengikut masa.

"Persiapan dalam apa juga sukan memang begini, ada masanya segalanya bergerak perlahan tetapi masih ada peluang untuk memecut mengejar tempoh ditetapkan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis MOM pada Sabtu.

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Lawan Pedang Malaysia, Rusni Abu Hassan diumumkan sebagai penerima Anugerah Wanita dan Sukan MOM 2016.

Rusni turut memegang jawatan penting yang lain seperti Naib Presiden Konfederasi Lawan Pedang Asia dan Presiden Persekutuan Lawan Pedang AsiaTenggara.

Selain itu, Tunku Imran turut menasihatkan semua sukarelawan Sukan SEA Kuala Lumpur agar tidak mengharapkan sebarang imbuhan.

"Sukarelawan tidak boleh mengharapkan ganjaran walaupun ketika ini perbincangan masih dibuat dengan MASOC (Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia).

"Ia seharusnya membabitkan kepuasan menjadi sebahagian daripada pasukan yang menganjurkan temasya yang berjaya. Siapa tahu mungkin mereka akan menerima ganjaran kemudian," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Sukan SEA , Tunku Imran

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan