Ronaldo, Nani Hantar Portugal Ke Final Euro 2016

Diterbitkan: Khamis, 7 Julai 2016 7:22 AM

Cristiano Ronaldo. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

PORTUGAL menjadi pasukan pertama yang berjaya mara ke final Piala Eropah 2016.

Cristiano Ronaldo dan Nani menjadi wira dalam kemenangan 2-0 mereka ke atas Wales dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Parc Olympique Lyonnais, Lyon, awal pagi Khamis.


Ini adalah kemenangan pertama Portugal yang dicatatkan dalam masa 90 minit permainan sepanjang saingan Euro 2016.

Portugal turun padang dengan mendominasi babak pertama, namun berakhir tanpa gol.

Di babak kedua, Portugal turun dengan lebih agresif dan meledakkan dua gol dalam masa tiga minit.

Ronaldo mencipta gol pertama pada minit ke-50 dan Nani pada minit ke-53.

Dengan pertambahan gol tersebut, Ronaldo kini berdiri setara dengan Michel Platini sebagai penjaring terbanyak Piala Eropah dengan koleksi sembilan gol.

Wales, yang bermain tanpa salah seorang pemain handalnya, Aaron Ramsey, dilihat perlu berjuang habis-habisan untuk menangkis serangan di babak kedua.

Gareth Bale berjaya mendapat beberapa peluang menerusi tendangan dari luar kotak penalti, tetapi gagal menghasilkan gol.

Portugal akan berdepan dengan pemenang antara Jerman dan Perancis.

Perlawanan akhir akan dilangsungkan pada 11 Julai ini, pukul 2 pagi waktu tempatan.


Susunan Pemain

Portugal: Rui Patricio, Cedric, Bruno Alves, Fonte, Guerreiro, Joao Mario, Danilo, Adrien (Moutinho 78), Renato (Andre Gomes 73), Nani (Quaresma 85), Ronaldo.

Wales: Hennessey, Gunter, Chester, Collins (J. Williams 66), A. Williams, Taylor, Allen, Ledley (Vokes 57), King, Bale, Robson-Kanu (Church 63).

Tags / Kata Kunci: Ronaldo , Nani , final Euro 2016

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan