suria

Didakwa skandal dengan bintang realiti, Walker mohon maaf selepas isteri halau keluar dari rumah agam RM14.2 juta

Isteri Kyle, Annie (kiri) mengumumkan berpisah selepas berkahwin selama 13 tahun. -Gambar X

KYLE Walker tampil memohon maaf atas 'kekecewaan' yang ditimbulkannya, selepas isteri Annie Kilner mahu berpisah dengannya.

MailOnline pada Khamis mendedahkan bintang Manchester City berusia 33 tahun itu didakwa mengadakan hubungan sulit dengan bintang realiti, Lauryn Goodman sehingga mempunyai dua anak.

Annie, 30, pada Ahad mengumumkan perpisahan selepas perkahwinan yang dibina selama 13 tahun dan dikurniakan tiga anak.

Menurut Annie, dia mengambil masa untuk berjauhan dari Kyle susulan dakwaan kecurangannya.

Pemain pertahanan England itu juga dihalau keluar dari rumah mereka bernilai £2.4 juta (RM14.2 juta), sebelum bersuara di Instagram dengan menyifatkan isterinya sebagai 'wanita luar biasa.'

Menerusi hantaran yang dibuat kepada 4.6 juta pengikutnya, Kyle menulis: "Annie adalah wanita yang luar biasa dan saya hanya boleh memohon maaf atas kekecewaan yang saya timbulkan kepadanya.

"Dia menjadi sebahagian daripada hidup saya untuk sekian lama dan itu tidak akan berubah demi anak-anak kami.

"Saya akan meminta privasi untuk semua keluarga kami, dan terutamanya anak-anak kami yang masih kecil, sementara kami melalui masa yang sukar ini," katanya.

MailOnline mendedahkan Kyle terdesak untuk memperbaiki hubungannya dengan Annie.

Kenyataan itu adalah permulaan usahanya untuk mengakui kesilapannya dan mengikrarkan komitmen sepenuhnya kepada Annie.

- Mail Online

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain