suria

Kesilapan demi kesilapan, posisi De Gea di Manchester United terancam

Kesilapan De Gea telah menyebabkan gawang Manchester United dibolosi tujuh kali sejak permulaan musim lepas. Foto: AFP

KEDUDUKAN De Gea sebagai penjaga gawang utama Manchester United dijangka akan tergugat pada jendela perpindahan musim panas ini.

Semenjak perpindahannya dari Atletico Madrid pada 2011, De Gea telah membuat 393 penampilan untuk Manchester United.

Namun, kesilapan demi kesilapan termasuk ketika menentang Everton tempoh hari membuatkan ramai penyokong tidak berpuas hati dengan prestasi De Gea.

Jurulatih kelab, Ole Gunnar Solskjaer masih menganggap De Gea antara penjaga gol terbaik di dunia.

Solskjaer berpendapat setiap prestasi pemain ada turun naik dan dia berharap De Gea mampu kembali fokus untuk perlawanan seterusnya.

Manchester United dalam perancangan untuk memanggil semula penjaga gol yang dipinjamkan ke Sheffiled United, Dean Henderson.

Dean Henderson yang dipinjamkan ke Sheffield United beraksi cemerlang apabila kelabnya menduduki tangga kelapan. Foto: REUTERS

Henderson muncul sebagai salah seorang penjaga gol yang hebat musim ini dengan membawa Sheffield United merebut slot ke saingan Eropah.

Penjaga gol berusia 22 tahun itu dijangka akan menyambung tempoh pinjamannya buat tahun ketiga berturut-turut namun mungkin berubah berdasarkan prestasi semasa De Gea.

Penjaga gol simpanan, Sergio Romero dijangka akan bermain menentang Derby dalam saingan Piala FA, sementara Lee Grant yang menjalani pembedahan di pergelangan tangan pula tidak boleh bermain.

Henderson dikatakan bakal mendapat penampilan antarabangsanya yang pertama untuk England di bawah kendalian jurulatih Gareth Southgate menjelang Euro 2020. - Daily Mail

Artikel Lain