suria

Real Madrid menabung awal demi Mbappe

Mbappe menjadi sasaran Real Madrid musim depan.

REAL Madrid dilaporkan sedang mengumpul wang untuk membeli pemain Paris Saint-Germain (PSG) Kylian Mbappe musim depan.

Los Blancos berbelanja lebih 300 juta euro sebelum musim ini berlangsung termasuk mendapatkan Eden Hazard dalam menambah baik skuad utama.

Menurut laporan AS, sebanyak 150 juta euro telah 'diketepikan' sebagai simpanan untuk membawa Mbappe ke Santiago Bernabeu.

Media Sepanyol juga melaporkan bahawa kelab mempunyai kredit sebanyak 285 juta euro bersama 100 juta euro hasil daripada penjualan pemain-pemain.

Sebelum ini Real Madrid mengidam untuk dapatkan penyerang Manchester United Paul Pogba, namun tidak kesampaian apabila kedua-dua kelab tidak mencapai kata sepakat.

Awal musim ini Pogba dilaporkan mahu mengubah angin untuk bermain dengan Real Madrid. -onefootball

Real Madrid, Kylian Mbappe

Artikel Lain