suria

Pemain baharu Barcelona 'carut' Messi terpaksa mohon maaf

Messi dihina oleh Firpo menerusi tweet lama yang kembali disebarkan.

PEMAIN yang baru menyertai Barcelona, Junior Firpo menerima kecaman apabila tweet lama miliknya yang menghina Lionel Messi disebarkan semula.

Menerusi tweet lama itu, Firpo berkata, dia mungkin boleh mematahkan kaki Messi dengan satu sepakan.

Malah, dia turut menggelarkan Messi dengan panggilan tidak sopan.

Dia menyertai Barcelona untuk musim panas ini dan kini terpaksa membuat permohonan maaf.

"Itu sewaktu saya masih budak. Ada benda yang saya buat masa umur 15 tahun yang mana saya bukan siapa-siapa.

"Saya tak tahu ia akan beri impak pada masa depan, tak pernah terbayang akan jadi pemain profesional.

"Kalau ada yang terasa, saya minta maaf. Saya dengan rendah diri mohon maaf," ujar Firpo. - Fox Sport Asia.

Junior Firpo, Lionel Messi, Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain