suria

Pemain Mesir disingkir gara-gara mesej tidak senonoh terhadap model

Warna digugurkan dalam skuad Mesir kerana dikaitkan dengan gangguan seksual.

PENYERANG Mesir Amr Warda disingkir daripada skuad Piala Negara-Negara Afrika selepas dituduh terlibat dengan gangguan seksual oleh beberapa orang wanita.

Salah seorang mangsanya merupakan seorang model campura Mesir-British, Merhan Keller mendakwa Warda, 25, telah menghantar beberapa mesej tidak senonoh dan agresif.

Sejurus dakwaan Keller itu, timbul beberapa lagi testimonia daripa sekumpulan wanita yang menghubungi model itu memberitahu turut mengalami perkara sama daripada pemain bola sepak tersebut.

Paparan skrin mengenai mesej dan video dihantar oleh Warda kepada wanita terbabit dan dikongsi di laman Twitter dan menjadi viral di Mesir.

Keller dakwa mendapat gangguan seksual daripada Warda.

Menurut Presiden Mesir FA, Rida keputusan dibuat selepas perbincangan dengan pasukan teknikal dan staf pengurusan.

Warda yang beraksi dengan kelab Greek, Atromitos secara pinjaman dari PAOK sebelum ini turut dikaitkan dengan tuduhan memalukan model itu di Instagram dan aduan telah terhadapnya telah dibuat di Pejabat Peguam Negara Mesir.

Keputusan menyingkirkan Warda yang turut bermain untuk Mesir ketika saingan Piala Dunia tahun lalu dibuat beberapa jam sebelum mereka bertemu Congo di Cairo untuk saingan kedua kejohanan tersebut.

Warda menjadi pemain simpanan pada perlawanan Jumaat lalu menyaksikan Mesir menang 1-0 ke atas Zimbabwe. -Dailymail.co.uk

Mesir, Amr Warda, keller, gangguan seksual

Artikel Lain