suria

'Messi Jepun' sertai Real Madrid

Takefusa Kubo.

BINTANG sensasi Jepun Takefusa Kubo menyertai Real Madrid dengan kontrak selama lima tahun pada Jumaat.

Kelab gergasi Sepanyol itu menyifatkan pemain berusia 18 tahun itu sebagai salah seorang pemain muda berbakat di dunia.

Maklumat mengenai perpindahan itu tidak didedahkan tetapi akhbar Sepanyol, Marca berkata Real membayar 1.78 juta pound kepada FC Tokyo.

"Takefusa Kubo akan memperkasa skuad ini musim depan. Pemain berbakat, dia juga mempunyai visi, tangkas di atas padang dan berupaya menjaringkan gol," kata Real dalam satu kenyataan di laman webnya.

Kubo yang digelar sebagai Messi Jepun mewakili negara matahari terbit itu ketika menentang El Salvador awal bulan ini, cemerlang bersama FC Tokyo.

Dia kini berada di Brazil dengan skuad Jepun untuk aksi Copa America di mana mereka akan bertemu Chile pada Isnin depan. 

Artikel Lain