suria

Pose Terbaharu Keluarga Besar Ronaldo

BINTANG sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo berkongsi gambar bersama keluarga besarnya di laman Instagram pada Ahad.

Pemain berusia 32 tahun itu memuatnaik gambar bersama kekasihnya, Georgina Rodriguez yang sedang hamil, anak sulungnya, Cristiano Jr dan juga bayi kembarnya.

Dia turut menulis kapsyen gambar itu dengan emoji cinta.

Tidak lama selepas Ronaldo memperkenalkan bayi kembarnya sebagai Eva Maria dan Mateo pada Jun lalu menerusi kaedah ibu tumpang, pemain kebangsaan Portugal itu mengesahkan berita kehamilan kekasihnya.

Walaupun Ronaldo mengambil sikap untuk tidak berkongsi kisah percintaannya, Rodriguez dalam temubual bersama iHola! baru-baru ini menceritakan mengenai nilai-nilai penting dalam kehidupannya sambil menunjukkan baby bump dalam foto yang disertakan.

"Saya amat mementingkan keluarga, saya suka kanak-kanak, alam semula jadi dan haiwan.

"Saya suka dikelilingi orang yang memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi lebih baik setiap hari," katanya.

Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain