suria

Siapa Dominic Solanke Yang Diambil Liverpool?

Dominic Solanke

PENYERANG muda Chelsea, Dominic Solanke, sah menjadi pemain baharu Liverpool.

Solanke dibawa masuk ke kelab itu dengan harga £3 juta.

Pemain berusia 19 tahun itu akan bergabung dengan skuad Jurgen Klopp pada 1 Julai 2017.

Menurut laman web rasmi kelab, Solanke juga merupakan bakal penyerang pasukan kebangsaan Inggeris. Dia kerap dipanggil ke pasukan England untuk pelbagai peringkat, baik B-16 hingga B-21.

Solanke melakukan penampilan pertama bersama Chelsea sebagai pemain pengganti di saingan Liga Juara-Juara pada Oktober 2014.

Selain itu, dia sempat dipinjamkan ke kelab Belanda, Vitesse Arnhem, pada musim 2015/16 dengan menjaringkan tujuh gol dari 25 perlawanan.

Kedatangan Solanke ke Stadium Anfield dipercayai dapat menggantikan penyerang, Daniel Sturridge dan Danny Ings.

Dominic Solanke, Jurgen Klopp

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain