suria

Nike Hasil 'The Switch', Kisah Remaja Ingin Menjadi Ronaldo

KEHEBATAN Cristiano Ronaldo ketika beraksi di padang menjadi tarikan kanak-kanak di seluruh dunia yang mengimpikan untuk menjadi seperti bintang bola sepak Portugal tersebut.

Pengeluar sukan terkenal dunia, Nike mengambil peluang dengan menghasilkan sebuah filem pendek The Switch menggambarkan impian seorang remaja berangan-angan menjadi seperti Ronaldo menjadi kenyataan apabila mereka tertukar antara satu sama lain.

Filem pendek berdurasi lebih kurang lima minit 57 saat itu merupakan penggambaran termahal Ronaldo untuk Nike.

Beberapa bintang bola sepak di bawah tajaan Nike seperti Anthony Martial, Raheem Sterling dan Ross Barkley turut terlibat menjayakan filem inspirasi ini.

Cristiano Ronaldo, Nike

Artikel Sebelum

Keputusan Copa America

Artikel Berikut

Artikel Lain