Kejayaan Lotus Renault Lonjak Nama Proton: Shabery

Diterbitkan: Selasa, 29 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kejayaan Lotus Renault menduduki tempat ketiga perlumbaan Formula One di Melbourne pada Ahad telah menaikkan nama Proton Holdings Berhad selaku pemilik Lotus Renault menerusi anak syarikatnya, Lotus Group.

"Tahniah kepada Lotus Renault," kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menyifatkannya satu kejayaan daripada segi penjenamaan kepada Proton.

Bercakap kepada pemberita pada majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian itu di sini Isnin, Ahmad Shabery berkata pihak Lotus akan memberi peluang kepada 19 jurutera tempatan untuk bekerja di kilang mereka di United Kingdom bagi menimba pengalaman.

"Jika ruang diberikan kepada Proton sudah tentu ia memberi pendedahan baru kepada jurutera tempatan bukan sahaja untuk memenangi perlumbaan tetapi juga boleh belajar bagaimana untuk bersifat lebih inovatif," kata beliau.

Dalam perlumbaan pembuka tirai kejohanan F1 musim ini di bandar raya Australia itu semalam, pemandu Lotus Renault, Vitaly Petrov dari Rusia, menduduki tempat ketiga di belakang juara musim lepas, Sebastian Vettel dari pasukan REd Bull dan Lewis Hamilton yang memandu McLaren. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan