Ahmad Shabery Minta Misbun Tunai Janji

Diterbitkan: Rabu, 9 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu Datuk Misbun Sidek memenuhi janjinya untuk mengutamakan kepentingan negara daripada terus berdiam diri sejak meletakkan jawatan sebagai jurulatih perseorangan badminton negara Disember lepas.

Beliau berkata dalam beberapa pertemuan selepas peletakan jawatannya, Misbun pernah berjanji untuk tidak mengutamakan kepentingan peribadi dan tidak akan mengambil masa lama untuk membuat keputusan sama ada kembali menjadi jurulatih.

"Misbun telah berjanji pada saya bahawa apa jua keputusan yang dibuat adalah untuk kepentingan negara. Namun, beliau kena fikir adakah dengan mengambil masa yang lama ini memenuhi janji beliau untuk mengutamakan kepentingan negara," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Grand Prix Formula 1 Malaysia di sini, Selasa.

Beliau berkata, latihan pemain badminton negara adalah lebih penting buat masa ini terutamanya prestasi anak didik Misbun, Datuk Lee Chong Wei.

Ahmad Shabery berkata, pemain nombor satu dunia itu mempunyai masa depan yang cerah dan tanpa kehadiran Misbun, Chong Wei perlu mengutamakan kepentingan negara terutamanya dalam pemburuan pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik London 2012.

Mengenai permintaan Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) yang memerlukan peruntukan tambahan bagi melengkapkan kemudahan di Kompleks Sukan Ranau, Sabah, beliau berkata tindakan itu tidak adil kepada kementerian berkenaan.

"Andaian yang diberikan oleh LSNS ialah segalanya sudah ada, tapi agak malang apabila sampai di sana (Ranau), kerajaan perlu tambah lagi benda-benda baru," katanya.

Beliau berkata peruntukan kewangan kementerian adalah terbatas dan beliau mahu memastikan ia dibelanja dengan berhemah. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan