Toure Gagal Ujian Dadah, Digantung Beraksi - Sukan | mStar

Toure Gagal Ujian Dadah, Digantung Beraksi

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KELAB Manchester City mengesahkan seorang pemainnya, Kolo Toure digantung selepas mendapat keputusan positif dalam ujian dadah yang dikemukakan oleh pihak FA.

“Dia telah digantung daripada menyertai sebarang perlawanan sehingga proses undang-undang dijalankan. Pihak kelab tidak boleh memberi sebarang komen mengenai kes ini,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan, Jumaat.

Toure, 29, merupakan penolong kapten bagi pasukan ini mula beraksi pada musim 2009/10 selepas berpindah dari Arsenal. Dia telah mempamerkan lebih 50 aksi bersama City dan 85 kali dengan Ivory Coast.

Selain itu, turut beraksi bersama Toure ialah adiknya, Yaya Toure selepas meninggalkan kelab Barcelona musim lalu.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan