Selangor PKNS Belasah SDM Navy 5-1, Untuk Terus Kuasai Liga Perdana

Diterbitkan: Selasa, 1 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Selangor PKNS terus mempertahankan kedudukan di tempat teratas Liga Perdana setelah berjaya membelasah SDM Navy 5-1 di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, Selasa.

Dengan kemenangan tersebut, Selangor PKNS kini mengumpul 15 mata selepas lima perlawanan.

Lima gol pasukan Selangor PKNS dijaringkan masing-masing oleh Mohd Zamri Hassan pada minit ke-45 menerusi sepakan penalti, Mohd Khairul Akhyah (minit pada 46 dan 76), Mohd Khairul Azrin (minit ke-58) dan Mohd Azrif Nasruhaq (minit ke-88).

Gol sagu hati pasukan tuan rumah pula disumbangkan oleh Ibrahim Ani pada minit ke-88.

Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya melangkah satu anak tangga di tempat kedua setelah menang tipis 2-1 kepada Johor di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Dua gol bagi pasukan ATM hadir seawal minit ke-13, hasil jaringan Yusaini Hafiz Che Saad dan Fatrurozi Razi (minit ke-21).

Gol tunggal Johor hasil sepakan penalti Shoufiq Khusaini pada minit ke-30.

Di stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri sembilan, Polis Diraja Malaysia menang tipis 2-1 kepada Harimau Muda B.

Sementara itu, pasukan USM menumpaskan Pulau Pinang 3-0 di Stadium Olahraga USM, Pulau Pinang.

Pasukan Pos Malaysia pula seri tanpa jaringan kepada Sime Darby di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan