Chong Wei Gagal Lengkap Hatrik

Diterbitkan: Ahad, 30 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chong Wei (kiri) sekadar menduduki tempat kedua selepas tewas di tangan Lin Dan.
Chong Wei (kiri) sekadar menduduki tempat kedua selepas tewas di tangan Lin Dan.

PEMAIN No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei gagal melengkapkan hatrik untuk menjuarai tiga kejohanan pada Januari selepas tewas kepada Lin Dan dari China dalam aksi final Siri Super Terbuka Korea, Ahad.

Terdahulu, Chong Wei muncul juara Siri Super Final Victor BWF di Taiwan sebelum mempertahankan kejuaraan Siri Super Terbuka Malaysia minggu lalu.

Lin Dan mencatat kemenangan 21-19, 14-21, 21-6 sekaligus melengkapkan kejuaraan ke-13 dalam kejohanan Siri Super, ketinggalan tiga di belakang Chong Wei yang turut tewas di tangannya pada final Sukan Olimpik dan Sukan Asia.

China juga memenangi tiga kejuaraan dalam acara perseorangan wanita, beregu wanita dan beregu campuran.

Acara beregu lelaki pula menjadi milik pasangan Korea Selatan, Jung Jae Sung/Lee Yong Dae. China juga mendominasi empat acara di Kuala Lumpur, minggu lalu.

Lin Dan bermula dengan cemerlang meskipun baru saja pulih daripada kecederaan abdomen kirinya yang memaksanya menarik diri pada suku akhir Terbuka Malaysia minggu lalu.

Chong Wei bangkit di set kedua dan berjaya mengheret permainan ke set penentuan.

Ia adalah kali ketiga Lin Dan mensia-siakan peluang untuk menamatkan permainan lebih awal apabila pemain kelahiran Pulau Pinang menamatkan set kedua dengan 21-14.

Chong Wei menguasai permainan sehingga kedudukan 10-9 sebelum Lin Dan meningkatkan rentak permainan untuk memenangi rubber set.

Keputusan penuh:

Perseorangan Lelaki: Lin Dan (China) mn Lee Chong Wei (Mas) 21-19, 14-21, 21-16.

Beregu Lelaki: Jung Jae Sung-Lee Yong Dae (Korea) mn Mathias Boe-Carsten Mogensen (Den) 21-6, 21-13.

Perseorangan Wanita: Wang Yihan (China) mn Wang Shixian (China) 21-14, 21-18

Beregu Wanita: Wang Xiaoli-Yu Yang (China) mn Tian Qing-Zhao Yunlei (China) 21-18, 19-21, 21-14

Beregu Campuran: Zhang Nan-Zhao Yunlei (China) mn Jiaming Tao-Tian Qing (China) 21-17, 13-21, 21-19.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan