Pelayar Negara Kuasai Regata Perdana Antarabangsa Langkawi 2011 - Sukan | mStar

Pelayar Negara Kuasai Regata Perdana Antarabangsa Langkawi 2011

Diterbitkan: Sabtu, 29 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Pelayar elit negara, Mohd Romzi Mohamad meenjuarai kelas Laser Standard pada KFC Regata Perdana Antarabangsa Langkawi 2011 yang berakhir di Kompleks Latihan Perahu Layar Kebangsaan di sini, Sabtu.

Mohd Romzi berjaya mengumpul 13 mata demerit dalam aksi 12 perlumbaan bagi mengatasi rakan sepasukan Khairulnizam Mohd Afendy di tangga kedua dengan 15 mata demerit diikuti Mohamad Fafhan dengan 29 mata demerit.

Dalam kelas Laser 4.7, pelayar negara Khairunneeta Mohd Afendy meraih kejuaraan dengan mengumpul 10 mata demerit diikuti oleh adiknya Khairun Hanna (31 mata) dan temat keiga disandang oleh pelayar Pulau Pinang, Yeoh Lai Hoon dengan 33 mata demerit.

Juara dunia, Ahmad Shukri Aziz beraksi cemerlang pada hari terakhir untuk terus mengungguli kelas Optimist dengan 14 mata demerit manakala tempat kedua menjadi milik Mohd Faizal Norizan dengan 18 mata demerit dan Nurul Izatul Akmar di tangga ketiga dengan mengumpul 27 mata demerit.

Pemenang pingat perak Sukan Asia, Ahmad Latif Khan yang berpasangan dengan Hafizuddin Mazelan menjuarai kelas International 420 dengan mencatatkan 12 mata demerit.

Pelayar pelapis negara Khairunnisa Mohd Afendy dan Nur Fiqah Mohd Latif di tangga kedua dengan 16 mata dan tempat ketiga dikuasai oleh gandingan Mohd Noor Nazmi Abdullah dan Muhammad Nur Syahmie Nor Hisham dari Kedah dengan 33 mata demerit.

Pemenang gangsa Sukan Asia 2010, Ku Anas Ku Zamil dan Ahmad Hakimi Ahmad Shukri menjuarai kelas International 470 dengan mengumpul 10 mata demerit.

Bagi kelas Hobbie 16, pelayar negara Mohamad Amirul Syafiq Md Jais berpasangan dengan Nik Asraf Qeadi mengutip 11 mata demerit untuk memenangi acara tersebut.

Bagi Windsurfing Big techno, pelayar negara Koe Sin Yee berjaya memintas pada perlumbaan akhir untuk muncul juara dengan mengutip 16 mata demerit manakala pelayar dari Pulau Pinang Shah Fimi menduduki tempat kedua dengan 18 mata demerit manakala Mohammad Shauri Sallahuddin dari Perlis menduduki tempat ketiga dengan 28 mata.

Bagi Windsurfing Race Board - pelayar Pulau Pinang Zainal Misran menjuaai acara itu selepas 10 mata diikuti pelayar negara Geh Ceow Lin (18 mata) dan Katherine Ong dari Pulau Pinang dengan 36 mata.

Bagi kelas Laser Radial, pelayar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Shahidan Hasssan meraih kejayaan diikuti Hakim Wagiman dari Johor manakala pelayar Kedah Mohd Amran Ali di tempat ketiga.

Seramai 150 pelayar dari dalam dan luar negeri menyertai kejohanan pembuka tirai kalendar kebangsaan 2011 itu, anjuran Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Persatuan Perahu Layar Kedah dan Kementerian Belia dan Sukan.- BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan