Kejohanan Sulung Bola Sepak Jemputan Antara Bandar Raya Dunia

Diterbitkan: Selasa, 25 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Buat julung kali sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Jemputan Dunia Antara Bandaraya 2011 yang akan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur selama empat hari mulai 16 Februari ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail berkata selain untuk memeriahkan sambutan Hari Wilayah, ia juga dianjurkan bagi meneruskan kecemerlangan pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama di peringkat Asean.

Malaysia baru-baru ini muncul juara Piala AFF-Suzuki 2010 selepas menunggu selama 14 tahun.

"Sebagai peringkat permulaan, sebanyak tiga buah bandar raya telah bersetuju untuk menyertai pertandingan amatur ini ialah Isfahan (Iran), Melbourne (Australia) dan Bandung (Indonesia)," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata pasukan Kuala Lumpur akan diwakili oleh pemain bola sepak amatur DBKL manakala peserta dari pasukan jemputan diwakili penduduk bandar raya masing-masing.

"Kejohanan tersebut dilakukan secara round-robin dan hanya pasukan yang menang akan bertanding pada perlawanan akhir nanti," katanya.

Ahmad Fuad berkata perlawanan akhir dijadual berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 19 Februari pukul 8.30 malam.

Beliau berkata tiket perlawanan dijual pada harga RM20 untuk tempat duduk utama dan RM10 bagi tempat duduk biasa.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan tiket boleh melayari laman web www.klintercity.com.

Ahmad Fuad berkata pada masa yang sama pihaknya juga akan mengajurkan perlawanan bagi kategori junior dan sebanyak tiga pasukan akan dipilih daripada seluruh sekolah sekitar ibu kota.

Beliau berkata satu pasukan junior daripada pasukan Isfahan akan turut mengambil bahagian dalam saingan yang akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, Kuala Lumpur pada tarikh yang sama.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan