Chong Wei Ditinggalkan Pakar Psikologi

Diterbitkan: Jumaat, 7 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Datuk Lee Chong Wei kini berdepan dengan dilema apabila bukan sahaja kehilangan jurulatihnya Datuk Misbun Sidek malah tidak akan mendapat motivasi pakar psikologinya Federick Tan.

Tan, yang membantu mempersiapkan pemain nombor satu dunia itu dari segi mental sejak tiga tahun lalu, kini telah meninggalkan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai Majlis Sukan Pulau Pinang (PSC).

Tan, anak kelahiran Kuching, Sarawak, kini memulakan tugas baru sebagai Pengarah PSC berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Keadaan ini menyebabkan Chong Wei atau MSN terpaksa mencari pakar psikologi yang baru untuk mempersiapkan pemain itu menghadapi Sukan Olimpik London 2012.

Pengarah Bahagian Atlet Elit MSN, Ariffin Ghani pada Khamis mengesahkan bahawa mereka sedang mencari pengganti Tan.

"Kami sedang berurusan dengan Institut Sukan Negara (ISN) untuk mencari calon yang sesuai bagi menggantikan Tan. Chong Wei memerlukan pakar psikologi dalam usaha menyiapkan diri untuk Sukan Olimpik London tahun depan.

"Tan telah berkhidmat dengan baik dan kami sedih untuk melihat beliau meninggalkan kami. Namum demi kerjayanya, kami mengucap selamat maju jaya di Pulau Pinang," kata Ariffin.

Sebelum ini, Misbun secara mengejut meletak jawatan jurulatih perseorangan bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 31 Disember lalu.

Chong Wei kini berada di Taiwan untuk Kejohanan Super Siri Masters Akhir.- BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan