Hari Malang Buat Djokovic

Diterbitkan: Khamis, 25 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mata Novak Djokovic diperiksa selepas mengadu matanya dimasuki sesuatu.
Mata Novak Djokovic diperiksa selepas mengadu matanya dimasuki sesuatu.

PEMAIN Serbia, Novak Djokovic terlepas peluang untuk menempatkan diri dalam empat kelompok teratas selepas tunduk kepada Rafael Nadal, 7-5 6-2 pada Final ATP Dunia, di Arena, London, pagi Khamis.

Nadal menamatakan pusingan pertama 7-5 selepas melaukan dua break ke atas Djokovic, menyaksikan kedua pemain menunjukkan permainan menarik dengan disaksikan lebih kurang 17,000 penonton.

Bagaimana pun Djokovic tidak memberi kemenangan mudah kepada Nadal, sebaliknya memaksa pemain dari Sepanyol itu bekerja keras sekali gus meranapkan impianya untuk berada dalam empat terbaik.

“Bermain dengan satu mata tidak mencukupi, lebih-lebih lagi ketika menentang Nadal.Sukar bagi saya bercakap mengenainya, namun ia adalah pengalaman indah dalam hidup saya ketika sampat ke tahap ini.

“Mata kanan saya ada sedikit gangguan dan apabila keputusan 5-5, saya tidak boleh bermain dengan baik. Saya tidak nampak bola, lebih-lebih lagi apabila Nadal membuat hantaran balik kepada saya. Memang bermasalah dan saya tidak mampu menghindarinya. Paling kecewa ia berlaku pada perlawanan penting saya,” katanya.

Sementara itu, Nadal yang sebelum ini turut menyingkirkan Andy Roddick Isnin lalu, turut bersimpati dengan keadaan mata Djokovic.

“Sudah tentu saya simpati dengan keadaannya. Saya lupa apa yang masuk ke dalam matanya menyebabkan dia tidak nampak bola. Bagaimana pun kemenangan ini sangat penting untuk saya masuk ke kumpulan ini,” katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan