Sukan Asia: Alex Raih Emas Kedua Manakala Pasukan Negara Raih Perak

Diterbitkan: Isnin, 22 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUANGZHOU: Pemain boling veteran negara Alex Liew menjadi wira kontinjen negara pada Sukan Asia ke-16 di sini pada Isnin apabila merangkul kilauan emas keduanya dalam acara lelaki All-Events di sini.

Alex, 34, memenangi acara itu selepas mengumpul 5,448 jatuhan pin berdasarkan catatan individu dari empat acara iaitu perseorangan, beregu, trio dan berpasukan.

Pada Rabu lepas, pemain senior itu bersama Adrian Ang menyumbang emas pertama dari acara boling bagi acara beregu.

Alex mengatasi pencabar terdekat dari Korea Selatan, Choi Yong Ku, dengan kelebihan tujuh pin manakala gangsa dirangkul oleh seorang lagi wakil Korea Selatan, Choi Buk Eum, dengan merekodkan 5,431 jatuhan pin.

Bagaimanapun, harapan untuk memenangi kejuaraan berganda tidak kesampaian apabila gandingan pemain negara Alex, Adrian, Aaron Kong, Muhammad Aiman Khairuddin dan Muhd.

Syafiq Ridhwan Abdul Malek meraih pingat perak dalam acara berpasukan.

Pasukan negara itu ketinggalan 75 jatuhan pin di belakang juara Korea Selatan apabila mengumpul 6,579 jatuhan pin manakala gangsa dimenangi oleh Hong Kong dengan 6,475 jatuhan pin.

Sementara itu, Alex berkata kejayaan merangkul emas berganda adalah pencapaian paling manis sejak beraksi dalam empat temasya Sukan Asia.

"Saya amat bangga dengan diri saya dan kejayaan di Guangzhou akan sentiasa dalam ingatan saya," kata Alex.

Menurutnya ketua jurulatih negara Holloway Cheah memaklumkannya supaya beliau perlu melakukan dua strike pada frame terakhir kerana pencabar dari Korea Selatan sudah mengekorinya dengan rapat.

Pemain negara lain dalam acara itu ialah Aaron yang menduduki tempat keempat dengan 5,330 jatuhan pin, Adrian tempat ke-21 dengan catatan 5,133 jatuhan pin.

Mohd Syafiq Ridhwan Abdul Malek menduduki tempat ke-28 (5,082 pin), Muhammad Nur Aiman Khairuddin (46 - 4,943 pin) dan Zulmazran Zulkifli di tempat ke-48 dengan catatan 4,939 pin.

"Walaupun gagal menang emas, saya tahu pemain telah memberi apa yang terbaik. Kita masih belum mencapai sasaran tiga emas dan saya yakin dapat menepatinya," kata Holloway.

Selepas selesai lima acara lelaki itu, Alex dan Aaron akan berentap dalam acara Masters bermula esok. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan