Malaysia Gagal Pecah Dominasi Thailand Dalam Sepak Takraw

Diterbitkan: Sabtu, 20 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUANGZHOU: Selepas gagal merampas semula pingat emas dari juara bertahan Thailand dalam acara sepak takraw berpasukan pada Sukan Asia ke-16 di sini, skuad negara kini mengalih tumpuan kepada acara antara regu bermula Isnin ini.

Jurulatih negara Iskandar Arshad berkata Malaysia akan menyenaraikan satu pasukan dalam acara antara regu dengan memilih gandingan pemain dari dua regu dalam acara berpasukan.

"Sasaran emas kami sebenarnya dari acara antara regu. Ini berdasarkan prestasi skuad negara yang mendapat perak dalam acara tersebut pada edisi Doha, Qatar pada 2006," katanya kepada pemberita di Pusat Sukan Haizhu, dekat sini, Sabtu.

Pada final acara berpasukan Sabtu, Malaysia memperoleh pingat perak selepas tewas 0-2 kepada Thailand sementara gangsa dikongsi oleh Jepun dan Korea Selatan yang tewas dalam perlawanan separuh akhir semalam.

Iskandar berkata skuad antara regu dianggotai dua tekong, Mohd Normanizam Ahmad, Noor Azman Abdul Hamid, dua apit kanan (killer) iaitu Mohd Futra Abd Ghani dan Norshahruddin Mad Ghani dan seorang apit kiri (feeder), Farhan Adam.

Pada edisi Doha, skuad Antara Regu yang dianggotai oleh regu emas dari Sukan SEA Korat, Thailand pada 2005, Mohd Normanizam, Mohd Futra dan Mohamad Zulkarnain Mohamed Arif meraih pingat perak selepas tewas kepada Thailand.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam acara berpasukan ialah pada final Sukan SEA Laos 2009 di mana Thailand menang 2-0.

Pada acara berpasukan, regu pertama negara, Mohd Normanizam Ahmad, Ariff Ramli, Mohd Futra Abd Ghani tunduk kepada regu Thailand yang dibarisi oleh Anuwat Chaichana, Kriangkrai Kaewmian, Pattarapong Yupadee 16-21, 10-21.

Selepas memberikan tentangan dalam set pertama, pasukan negara tampak keletihan pada set kedua dan kebijaksanaan tekong lawan, Kriangkrai Kaewmian mencari ruang servis menyebabkan skuad negara tewas mudah dalam set kedua.

Turun dengan misi mencari mata penyamaan, regu kedua negara - Norshahruddin Mad Ghani, Noor Azman Abdul Hamid, Farhan Adam turut akur dengan kemahiran regu lawan yang dianggotai Pornchai Kaokaew, Sirwat Sakha, Suriyan Peachan dan tewas dengan mata 15-21, 17-21.

Pengurus pasukan Datuk Awang Sham Amit mengakui pasukan Malaysia masih ketinggalan berbanding dengan kemahiran pemain lawan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan